Written by AbangNara | September 29th, 2017

Percutian Neelofa ke luar negara baru-baru ini telah mencuri perhatian para netizen. Salah satu sebabnya ialah fesyennya dengan seluar jeans koyak yang telah menjadi topik perbualan orang ramai. Malah kelibat Neelofa yang mengenakan turban ketika menghadiri sebuah majlis juga turut mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat. Ada yang bersetuju, ada yang kecewa, ada yang mengkritik, ada yang memuji. Senang kata, apa sahaja yang digayakan oleh Neelofa ketika di luar negara baru-baru ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

neelofa

Kalau sebelum ini kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah tampil memaklumkan bahawa adiknya itu memakai “inner” berwarna kulit untuk jeans koyaknya, kali ini giliran Neelofa tampil untuk memberi penjelasan. Kata Neelofa:-

Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya. Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan

neelofa

Neelofa juga memaklumkan yang dia tidak akan sesekali membuka tudungnya seperti yang seringkali dilakukan oleh selebriti lain yang telah berhijrah. Persoalan ini timbul selepas Neelofa menggayakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali. Kata Neelofa:-

Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York.

Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana? Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya

neelofa

Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua selebriti. Apa sahaja yang dipakai, apa sahaja yang dilakukan, apa sahaja perkongsian akan menjadi bahan bualan orang ramai. Itu satu perkara biasa. Anggaplah ini semua sebagai cabaran dan jadikan ia satu perangsang untuk terus maju dalam kerjaya. Asalkan kita tahu apa yang terbaik buat diri kita, itu sudah cukup. Tapi janganlah sampai terang-terangan melanggar hukum agama. Apa pun, good luck and all the best kepada Neelofa. Terima kasih juga kerana telah mengharumkan nama Malaysia ketika berada di luar negara. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 19th, 2017

Sedang tular di laman sosial sekarang gambar Neelofa yang memakai seluar jeans koyak di bahagian lutut sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan para pengikutnya. Boleh tahan kutukan dan kritikan yang diterima oleh Neelofa susulan pemakaiannya itu. Ada yang mengkritik dan mempersoalkan pemakaian jeans koyak tersebut yang dikatakan tidak bersesuaian dengan imej bertudungnya. Gambar-gambar tersebut diambil ketika Neelofa sedang bercuti bersama ahli keluarganya. Turut bersama ialah kakaknya Noor Nabila dan juga adiknya, Ameera Khan.

neelofa seluar jeans koyak

Memang banyak komen-komen yang melampau ditujukan kepada Neelofa. Namun Neelofa mengambil langkah berdiam diri. Akan tetapi ada para pengikut Neelofa yang mempertahankan selebriti tersebut. Senang cerita, akaun Instagram Neelofa telah menjadi tempat pergaduhan para peminat dan “haters”. Antara komen-komen yang ditulis di laman Instagram Neelofa:-

lofa
lofa
lofa
lofa

Namun begitu, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah mempertahankan adiknya. Mungkin tidak tahan dengan kritikan melampau daripada netizen.

neelofa seluar jeans koyak

Menerusi satu lagi status di Instagramnya, Noor Nabila sudah memaklumkan bahawa Neelofa memakai legging berwarna kulit.

lofa

Ariverderci Bellagio and thank you Anna from @brunotours ( Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci : Lofa pakai inner tau, dia pakai legging color kulit , lofa cakap sorry sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai )

Apa-apa pun kita tunggu penjelasan dari mulut Neelofa sendiri kelak. Lagi beberapa gambar percutian Neelofa bersama kakak dan adiknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 3rd, 2017

Patutlah rasa kurang berseri bumi Malaysia ini. Rupa-rupanya Neelofa kini berada di Los Angeles. Seronok sungguh Abang Nara melihat perkongsian gambar oleh Neelofa di laman Instagramnya ketika berada di sana. Memang nampak enjoy betul-betul. Namun pemergian Neelofa sebenarnya adalah untuk sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.

neelofa

Neelofa telah pun bekerjasama dengan produksi antarabangsa untuk projek ekslusif ini. Rasa tak sabar pulak nak melihat apakah projek ekslusif ini. Memang gempak gila-gila punya. Berikut ialah beberapa keping gambar “shooting” Neelofa untuk projek bersama Swarovski ini.

neelofa

neelofa

Dikelilingi mereka yang sangat ceria dan positif, ia sekaligus membangkitkan semangat Neelofa untuk bekerja meskipun masih dalam
keadaan “jetlag” dan penat dengan jadual aktivitinya yang agak padat sebelum ini. Mungkin kerana pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar, mereka sangat mementingkan kualiti dan penjagaan masa. Tidak ada langsung masa yang dibazirkan tanpa aktiviti pengambaran!

neelofa

neelofa

Teruja dengan kerjasama ini, Neelofa menyifatkan Swarovski sebagai jalinan kolaborasi yang sangat menyenangkan. Semua urusan diuruskan oleh mereka dan segalanya sangat mudah! Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.

neelofa

Sama-sama kita nantikan hasil projek ini kelak. Buat Neelofa, sila jaga kesihatan anda ketika berada di negara orang. Nanti demam terpaksa Abang Nara fly ke sana pulak. Tak pasal-pasal. Hehehe. Good luck and all the best.

Written by AbangNara | May 4th, 2017

Neelofa. Satu Malaysia mengenali gadis yang amat jelita, menawan, bijak dan pandai bergaya ini. Memang ramai yang jatuh cinta dan menjadikan Neelofa idola mereka. Secara jujur, masa pertama kali kemunculan Neelofa di dunia hiburan, Abang Nara pernah terdetik “wow awek nie nanti mesti femes gila-gila punya”.

neelofa

Duta OPPO Malaysia, Fattah Amin dan Noor Neelofa

Kalau dulu OPPO telah melantik Fattah Amin sebagai Duta OPPO , Terbaru, Neelofa telah dilantik sebagai duta Oppo R9s. Bagi Abang Nara, ini adalah satu perlantikan yang amat perfect sekali. Omputih kata “match made from heaven”.

neelofa fattah

pergh bergaya habis Neelofa

R9s Black Edition in telah dilancarkan pada 3hb Mei 2017, dengan harga RM1,828.00. yang paling best nya korang boleh Pre – Order dulu di OPPO Online Store http://www.oppostore.com/products/r9sblack/ dan OPPO Authorized Dealer di https://tinyurl.com/R9sBlackEdition-preorder, dan yang paling penting, korang yang Pre – order dalam tempoh 3hb – 9hb Mei, akan mendapat Smartband secara percuma yang bernilai RM199.00!!, Jadi kalau korang yang nak smartband secara percuma, sila la pre – order dalam tempoh itu!.

Bagi Abang Nara, OPPO R9s Black Edition dan Neelofa memang banyak persamaan. Antaranya:-

1. Kedua-duanya cantik, menawan dan memikat

oppo r9s black edition

OPPO R9s Edisi Hitam dan smartband yang berharga RM199.00

Kejelitaan dan kecantikan Neelofa tidak perlu dipertikaikan lagi. Jutaan lelaki telah jatuh cinta pandang pertama menatap wajahnya. Oppo R9s Black Edition juga tidak kurang menggiurkan. Warna hitam memang menyerlahkan lagi keseksian Oppo R9s. Saiznya pun sedap-sedap dan amat selesa dipegang. Orang kata kalau dah beli memang tak menyesal. Puas hati dan bangga!!!

2. Kamera yang super power
oppo r9s

Dijana dengan 16MP, f/1.7 aperture dan dual PDAF untuk kamera depan dan belakang, Oppo R9s Black Edition ini memang perfect untuk mereka yang selalu ambil gambar untuk dikongsikan di laman sosial seperti Neelofa. Confirm cun melecun punya. Waktu malam pun boleh dapat gambar yang diingini tanpa sebarang masalah. Meh Abang Nara kongsi beberapa gambar yang diambil menggunakan Oppo R9s Black Edition ini.
oppo r9soppooppo

3. Bateri yang tahan lama

oppo

Menggunakan Teknologi VOOC

Seperti Neelofa yang sudah cukup lama bertahan di industri hiburan Malaysia, Oppo R9s Black Edition juga mempunyai bateri 3010 mAh yang membolehkan ia bertahan sehingga 14 jam. Lepas tue paling best ialah ada fungsi fast charging, ianya umpama 5 minit cas dengan 2 jam waktu berbual. Power tak?

 

4. Style Macam Neelofa

OPPO R9s Edisi Hitam ini, telah berkolabarasi bersama Majalah Eh untuk Anugerah Stail Eh! 2017, Meriah betol semua orang dalam majlis tu, Ternyata usaha sama dua jenama ini sangat sinonim kerana majalah Eh! Yang sememangnya terkenal dengan update terkini mengenai fesyen, kecantikan, hiburan dan gaya hidup. Jom layan gambar sekitar Anugerah Stail Eh!2017.

pp
pppppp
pppppo

oppo
oppo
oppo
oppooppooppo

5. Pre order dan dapatkan hadiah PERCUMA

Mulai 3 Mei sehingga 9 Mei ini, anda boleh melakukan Pre – Order dulu di OPPO Online Store http://www.oppostore.com/products/r9sblack/ dan OPPO Authorized Dealer di https://tinyurl.com/R9sBlackEdition-preorder, dan yang paling penting, korang yang Pre – order dalam tempoh 3hb – 9hb Mei, akan mendapat Smartband secara percuma yang bernilai RM199.00. Selamat membeli korangggg!!