June 22nd, 2015

Hubungan Nabila Huda dengan teman lelakinya yang juga seorang pemilik restoran Kulcats itu bukanlah satu rahsia. Ia diketahui umum lebih-lebih lagi selepas pergaduhan antara pelakon itu dan ayahnya, Amy Search akibat sekeping gambar Nabila bersama lelaki itu dimuatnaik ke laman sosial. Namun kini hubungan anak beranak itu telah pulih, Tambah hebat apabila teman lelaki Nabila sendiri yang telah memainkan peranan penting dalam mendamaikan anak dan ayah ini.

nabila huda

Buat masa ini, Nabila Huda belum ada berita gembira untuk dikongsikan dengan para peminatnya tentang hubungan mereka. Niat nak kahwin itu memang ada, tetapi selaku seorang yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Nabila mahukan perkahwinan keduanya ini menjadi yang terakhir. Kata Nabila:-

Buat masa ini belum terlintas di hati saya nak berkahwin lagi. Kami masih dalam fasa megnenali hati budi dan cukup saya katakan kami berada di zon selesa. Kalau boleh saya tidak mahu terlalu bercakap soal hubungan ini nanti disalah tafsir.

Jika ada berita baik saya akan kongsikan tetapi tidaklah sehingga sampai mengadakan sidang media. Saya macam orang lain juga yang mahu berkahwin tetapi belu tahu lagi bila. Memang papa sudah restu, tetapi dia faham keadaan semasa.

Dia juga tidak pernah mendesak. Pada saya soal perkahiwnan perlu dirancang sebaik-baiknya. saya tidak mahu kesilapan saya berulang. Kalau saya berkahwin lagi, biarlah dia lelaki dan perkahwinan terakhir saya. Saya juga mahu rasakan kebahagiaan melayari rumah tangga dan dikurniakan anak ramai.

nabila huda

Pastinya sedikit sebanyak Nabila Huda masih trauma dengan kegagalan perkahwinannya sebelum ini. Pastinya juga kegagalan tersebut menjadi pengalaman dan pengajaran berguna buat Nabila agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan. Insya Allah satu hari nanti apabila sudah bersedia sepenuhnya, Nabila akan bergelar isteri sekali lagi. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. All the best dan good luck buat Nabila Huda.

June 16th, 2014

Sekian lama “single” selepas putus cinta dengan Nas-T, Nabila Huda nampaknya sudah pun menemui pengganti. Namun begitu, identiti lelaki tersebut masih rahsia dan Nabila Huda hanya memberikan “hint” mengenai kewujudan kekasih baru di dalam hidupnya menerusi akaun Instagramnya. Di dalam salah satu gambar yang dimuat naik olehnya dengan caption “Love lane..:)“, Nabila kelihatan berpegangan tangan dengan seseorang.

kekasih baru nabila huda

Menariknya gambar tersebut diambil ketika Nabila Huda dalam perjalanan ke London. Adakah Nabila pergi bercuti bersama kekasih barunya di kota penuh romantik itu? Selain gambar berpegangan tangan di atas, pelakon hebat ini turut memuat naik sebuah gambar mereka berjalan beririrangan dengan caption “From london with love“. Amboi memang romantika habis.

kekasih baru nabila huda

Abang Nara tertanya-tanya jejaka manakah yang berjaya mencuri hati Nabila Huda ini. Pasti kacak orangnya. Semoga Nabila berbahagia di samping kekasih barunya ini. Semoga kebahagiaan yang dicari akan ditemui. Lagi beberapa gambar Nabila Huda di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda
kekasih baru nabila huda

September 8th, 2013

Difahamkan bahawa pelakon Nabila Huda dan anaknya, Keisha telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Lebuhraya Karak sebentar tadi. Daripada apa yang dibaca di MIG Online, Keisha dilaporkan tercampak keluar daripada kereta namun hanya patah tangan sahaja. Namun begitu keadaan Nabila Huda masih belum diketahui lagi.
nabila huda kemalanganBerita ini turut disahkan oleh bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zaizali atau lebih dikenali dengan nama Eddie menerusi akaun Twitternya.

nabila huda kemalangan

Eddie juga turut berkongsi sekeping gambar Keisha dan dirinya. Nampaknya Keisha berada di dalam keadaan stabil.
nabila huda kemalanganSama-samalah kita doakan agar Nabila Huda dan Keisha agar cepat sembuh dan tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ini.

July 10th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, Nabila Huda sekarang ini sedang berada di New Zealand untuk penggambaran drama Jodoh Itu Milik Kita. Walaupun Ramadhan sudah bermula, Nabila tidak akan pulang sehingga tamat minggu pertama puasa. Rupa-rupanya Nabila memang mahu merasai sendiri pengalaman berpuasa di negara orang.
nabila hudaTeringat kenangan Abang Nara puasa di Korea ketika masa belajar dulu. Tak berapa best sebenarnya. Tak ada pasar Ramadhan. Lauk berbuka kena masak sendiri. Cuma yang best sebab masa musim sejuk jadi cepat sikit berbuka. Namun Abang Nara kesian juga kepada anak Nabila Huda yang ditinggalkan seorang diri ketika bulan puasa ini. Kata Nabila:-

Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan.

Lagipun saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak (Kheisya Laila, 3 tahun). Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna.

nabila huda

New Zealand sekarang sedang musim sejuk. Jadi seronoklah berpuasa di sana. Tak terasa panasnya. Selepas ini dengarnya pada hari raya kelima Nabila akan terbang ke Itali pula. Memang murah rezeki Nabila sekarang ini. Semoga akan terus diperbanyakkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat wanita ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Suzuki Swift 4×4 bakal dilancarkan di UK