January 29th, 2014

Secara jujur, Abang Nara tak sempat melihat satu episod pun rancangan MasterChef Malaysia All Stars. Sedar tak sedar, dah ada pemenang dah pun rupanya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Celina Khor di dalam episod akhir rancangan ini yang telah ditayangkan semalam.
zamir juara masterchef allstars

Bertemakan “Pembalasan Terakhir”, dengan kemenangan ini Zamir melayakkan dirinya untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih. Menariknya walaupun episod akhir turut dirakamkan terlebih dahulu, keputusan hanya diketahui semalam kerana kedua-dua peserta telah membuat rakaman “kononnya” mereka bergelar juara. Kata Zamir menerusi portal Murai:-

Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.

Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula. Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri

zamir juara masterchef allstars

Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!!

Advertisement
April 9th, 2013

Kalau tahun lepas MasterChef Selebriti Malaysia diserikan dengan kehadiran Azwan Ali, nampaknya untuk musim kedua ini juga akan penuh dengan dramanya yang tersendiri. Seramai 19 selebriti akan bertarung di dalam musim kedua MasterChef Selebriti Malaysia kali ini.

masterchef selebriti
Abang Nara tak sabar nak tengok kehandalan Rozita Che Wan memasak di dapur. Dengar cerita Che Ta siap hadiri kelas masakan untuk persediaan MasterChef Selebriti ini. Pasti hebat. Kehadiran Zain Saidin pastinya akan mewujudkan suasana romantik antara mereka berdua.
masterchef selebriti19 selebriti yang akan bertarung ialah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin. Banyak juga nama-nama yang hebat kan? Namun hebat ke mereka memasak?

masterchef selebriti
Abang Nara pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini. Anda pula bagaimana? Siapa yang anda akan sokong? Siapa yang akan tersingkir? Sama-sama kita saksikan bermula 20 April ini di saluran Astro Ria.

Advertisement