January 23rd, 2013

Wow. Memang catchy sungguh tajuk majalah EH! yang terbaru ini. Dayang Nurfaizah tampil menghiasi muka depannya dengan tulisan “Seumur Hidup Tidak Pernah Bercinta” memang membuatkan Abang Nara teruja untuk membeli. Agak seksi juga penampilan Dayang Nurfaizah kali ini.

dayang nurfaizah

Mungkin imej baru untuk tampil lebih segar dan menarik di tahun 2013. Secara jujur, nama Dayang Nurfaizah memang kurang kedengaran sepanjang tahun lepas. Mungkin kerana tiada lagu baru untuk ditayangkan pada umum. Apa pun jangan lupa dapatkan majalah EH! yang terbaru di pasaran untuk mengetahui perkembangan terkini Dayang Nurfaizah.

P.S: Ferrari milik Cristiano Ronaldo untuk dijual.