December 1st, 2014

Setelah mendapat 3 cahaya mata lelaki, akhirnya Johan dan Ozlyn telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka pada 25 November 2014 yang lalu. Dilahirkan dengan berat 4.11kg, berita gembira ini telah pun disampaikan oleh Johan sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri. Pasti kedua-duanya sedang excited menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

johan dan ozylyn

Namun begitu di kala bergembira dengan kehadiran si ‘princess’, Johan dan Ozlyn turut sama diuji dengan berita pemergian nenda kesayangan mereka. Tulis Johan:-

Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya..

maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian.. moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..

johan dan ozylyn

Semoga Johan dan Ozlyn bersabar dengan ujian yang menimpa mereka. Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan. Semoga si ‘princess’ membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Bangunan terapung di London yang amat menakjubkan

May 29th, 2013

Berita kurang baik buat gadis-gadis di luar sana yang meminati Johan As’ari. Lelaki idaman ramai ini mengakui yang kini hatinya telah pun dimiliki oleh seorang gadis. Namun identiti si gadis masih kekal misteri kerana Johan enggan mendedahkan siapakah wanita bertuah itu.

johan as'ari

Menariknya, Johan As’ari tertarik kepada si gadis ini kerana si dia menjaga solat. Itu satu kriteria yang sangat bagus dan kadang kala dipandang remeh oleh kaum Adam. Kata Johan:-

Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat. Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya. Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat

johan

Semoga hubungan Johan As’ari dan gadis misteri ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Abang Nara pasti ramai peminat yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Johan bersanding di atas pelamin. Pasti akan tampak kacak dan bergaya. Tak gitu?
ephyra

P.S: 10 hari je sudah menampakkan kesan? Itulah kehebatan Ephyra yang telah pun dirasai oleh ribuan penggunanya. Kulit bertambah cantik, badan semakin cergas dan sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.

January 21st, 2013

Secara jujur, antara Zizan dan Johan, Abang Nara lebih menggemari lawak Johan. Lawaknya lebih spontan dan kena dengan jiwa ini. Jadi apabila Johan muncul pada Maharaja Lawak Mega 2012 akhir, Abang Nara tersenyum gembira.

johan raja lawak

Ramai tidak tahu bahawa pada minggu ke 7 Maharaja Lawak Mega 2012, Johan telah menjalani pembedahan untuk menyambungkan kembali ligamen kakinya yang putus. Kecederaan ini terjadi ketika Johan sedang bermain bola. Kini, Johan terpaksa menjalani fisioterapi di Prince Court Medical Center selama 6 bulan sebagai proses pemulihan. Kata Johan:-

Miniscus saya koyak. Doktor beritahu kalau saya tak buat pembedahan segera, ia akan bertambah teruk. Jadi saya tiada pilihan lain, saya terpaksa juga jalani pembedahan pada minggu ke tujuh MLM untuk sambungkan semula ligamen saya. Selepas ni setiap hari saya akan ulang alik ke Prince Court untuk buat fisioterapi. Nasib baik hospital tu dekat saja dengan rumah saya. Pengurusan Era.FM beri saya cuti sebulan. Tapi saya tak ada masalah bertugas di konti sebab saya tak perlu selalu bergerak.

johan raja lawak

Apa yang menarik perhatian Abang Nara mengenai Jozan ialah semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan. Walaupun sakit teruk, Johan sanggup hadir untuk membantu rakannya itu. Yang penting, kemunculan Johan bukanlah untuk meraih undi simpati.

“Bukan ‘drama’ tapi ia adalah satu strategi. Saya pernah janji dengan Zizan yang saya nak bantu dia menang. Jadi saya rasa tak salah saya memperlihatkan kesakitan saya ini. Kekentalan Zizan membuat persembahan seorang diri dan berjaya mempertahankan Jozan hingga peringkat akhir membuatkan saya bersemangat dan nak juga datang. Dia memang hebat. Kami gabungkan kekuatan masing-masing dalam Jozan. Pada malam ini saya bantu secara tak langsung. Saya berkorban untuk semua, untuk diri saya, demi keluarga, demi Jozan dan demi peminat yang sentiasa menyokong kami.

Harapan Abang Nara, semoga Jozan akan kekal sehingga bila-bila. Jangan berpecah belah. Gandingan anda berdua memang sudah terbaik. Memang pecah perut dibuatnya. Teruskan usaha anda untuk memartabatkan industri lawak di dalam industri hiburan Malaysia. Info asal MalaysianDigest.