April 9th, 2015

Baru-baru ini, keletah serta aksi Hanez Suraya bermain dengan anak-anak tirinya telah mencuri perhatian pengguna Internet. Sangat comel, sangat sweet dan sangat gembira melihat kemesraan yang terjalin antara mereka. Namun biasalah manusia, di sebalik kegembiraan orang lain, ada juga yang dengki. Ada suara-suara sumbang yang mengkritik Hanez Suraya sengaja berpura-pura baik dengan anak-anak tirinya dan menyatakan itu semua sekadar lakonan semata-mata. Hmmmmm.

hanez suraya

Bagi Abang Nara, kita sepatut bersyukur dan tumpang gembira kerana Hanez serta anak-anak tirinya berkongsi kasih sayang dengan begitu baik sekali. Kontroversi Hanez telah pun lama berlalu. Kita patut lupakannya. Hanez dah kahwin dah pun. Sudah tiba masa kita mendoakan kebahagiaannya. Apa pun, Hanez Suraya mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempedulikan kata-kata orang luar. Kata Hanez:-

Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif. Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka

hanez suraya

Buat Hanez, teruskan buat tidak peduli dengan kata-kata orang luar yang sering mengkritik dan menuduh anda. Yang penting sekarang anda sudah pun bergelar isteri kepada Romie. Berikan kasih sayang secukupnya kepada suami dan anak-anak tiri anda. Insya Allah satu hari nanti suara-suara negatif ini akan hilang begitu sahaja. Semoga terus berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Amin. Sumber portal Murai.

September 12th, 2014

Ah~~ Sekali lagi Abang Nara tersilap informasi. Maafkan diri ini wahai Hanez Suraya yang cantik jelita. Kalau sebelum ini Abang Nara telah membuat kesimpulan bahawa Hanez telah mengadakan sesi penggambaran pra perkahwinannya bersama pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, ternyata telahan itu tersilap. Rupa-rupanya Hanez hanya menjayakan kempen untuk koleksi Hatta Dolmat Wedding Couture.
hatta dolmat Ikhlas Abang Nara katakan, Hanez Suraya nampak sangat jelita, ‘stunning’ dan menawan sekali dalam persalinan pengantin Hatta Dolmat ini. Pasti kelak di hari perkahwinannya yang sebenar, Hanez akan lebih berseri-seri dan jelita. Tak sabar menanti hari tersebut. Kata Hanez:-

Terlebih dulu saya nak minta maaf kepada semua selama ini atas persoalan yang terus menjadi tanya. Tak pernah terlintas dari mulut yang saya akan bernikah dengan jejaka pilihan hati tak lama lagi. Mustahil saya berbuat begitu kerana selama ini benda yang baik pasti saya kongsi.

Dengan kontroversi yang melanda diri saya (termasuk dituduh sebagai perampas dan perosak kebahagiaan rumah tangga orang), saya mengambil pendekatan berdiam diri termasuk mengelak ditemubual kerana natijahnya jika bersuara sekalipun, saya pasti dihentam.

Pendek kata, diam atau bersuara, saya tetap kena carut. Jadi apa pilihan yang saya ada. Lagi diam, lagi menjadi-jadi pula mulut orang di luar sana.

Selama ini saya tak menjawab semua fitnah yang bertebaran kerana ingin melihat orang di luar saya yang gemar memfitnah tapi tiada sebarang bukti sahih. Termasuklah kisah saya nak kahwin. Saya agak kecewa dengan senario ini.

Saya bukannya sempurna tapi apa salahnya jadi orang yang berfikir dan bercakap dari sudut positif. Jangan tahu nak hentam saja

hatta dolmat Diharap apabila tiba hari bersejarahnya itu kelak, Hanez akan berkongsi kegembiraan dengan para peminat yang pastinya tidak sabar mahu melihat Hanez dan suami di atas pelamin. Lagi beberapa gambar Hanez Suraya menggayakan pakaian pengantin Hatta Dolmat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

hanez suraya

hanez

hanez

July 13th, 2014

Sedihnya menjadi Hanez Suraya. Apa saja yang dilakukan pasti akan dihentam, dikritik dan dicaci hanya kerana kontroversi yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu. Senang cerita, kalau anda insan bernama Hanez Suraya, berbuka puasa dengan makan kurma pun akan menjadi satu kesalahan di kalangan para peminat. Mungkin kurma itu terlalu besar, atau tak kunyah kurma dengan elok sebelum ditelan. Pendek kata, apa saja perbuatan anda, pasti akan ada cacat cela di mata orang ramai. Itulah harga yang perlu dibayar menjadi Hanez Suraya.

hanez suraya

Baru-baru ini, Hanez Suraya telah tampil dengan produk terbarunya iatu syampu jenama sendiri. Satu langkah yang bijak dan harus disokong, lebih-lebih ia adalah produk orang Melayu kita. Namun disebabkan syampu tersebut dikeluarkan oleh Hanez, pelbagai kritikan dan hentaman telah dikeluarkan di laman sosial. Kecewa dengan hentaman tersebut, Hanez meluahkan perasaannya melalui Mstar Online:-

Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha. Apa yang yang saya nampak golongan ‘keyboard warrior’ itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial.

Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja.

hanez suraya

Sabarlah Hanez. Inilah dugaan orang nak berniaga. Kalau dugaan ini dapat ditempuh, pastinya perniagaan anda akan berkembang besar. Mana tahu selepas ini syampu jenama Hanez Suraya akan menjadi pilihan wanita seluruh Malaysia. Semoga berjaya Abang Nara ucapkan. Pedulikanlah kata-kata nista orang lain. Yang penting, anda fokus.

April 30th, 2014

Alhamdulillah. Abang Nara dah cakap dah. Kalau Hanez Suraya rileks, diamkan diri dan tak banyak beri kenyataan, pastinya orang ramai akan lupa dan memaafkan dirinya atas kontroversi yang telah berlaku. Nampak gayanya karier lakonan Hanez bolehlah dimulakan kembali seperti biasa selepas ini. Ini kerana sokongan padu telah diterima olehnya ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa hujung minggu lalu.
hanez baruBerkata kepada Sinar Harian, Hanez Suraya melahirkan rasa terharunya dengan sokongan yang diterima daripada para peminat ketika menghadiri acara tersebut. Kata Hanez:-

Alhamdulillah saya memang tak menyangka orang masih lagi menghargai lakonan saya. Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan peminat yang masih lagi memberikan sokongan berterusan dan ramai yang datang pada saya minta saya bersabar dalam mengharungi cabaran menjadi anak seni.

Memang ramai yang kata saya dah tak ada job selepas kontroversi tu, tapi saya tak rasa ia memberikan kesan kepada saya kerana saya tolak beberapa job sebelum ini pun kerana saya terlalu tertekan. Jadi, selepas lihat ramai yang masih lagi setia menyokong karier saya, saya akan sentiasa memberikan yang lebih baik selepas ini.

hanez baru

Perkara yang lama usah dikenang. Tumpukan perhatian pada masa hadapan. Teruskan tunjuk komitmen dan bakat anda dalam bidang lakonan. Lama kelamaan pasti orang akan lupa akan kontroversi yang telah berlaku dan mengkagumi kehebatan lakonan anda. Good luck and all the best untuk anda.

P.S: Mazda lapor keuntungan tertinggi dalam masa 94 tahun