November 23rd, 2015

Semakin sukar untuk membuat tekaan peserta manakah yang akan tersingkir di Gegar Vaganza 2. Kesemua yang tinggal memang power-power belaka. Semalam pada konsert minggu keenam Gegar Vaganza 2, Nizam Laksamana diumumkan sebagai peserta yang terkeluar. Nizam telah menyanyikan lagu Rindu Serindu-rindunya yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spoon.

nizam laksamana

Secara jujur, persembahan Nizam Laksamana boleh dikatakan biasa-biasa sahaja berbanding minggu sebelumnya. Berdasarkan apa yang Abang Nara baca, Nizam Laksama tidak berapa sihat minggu ini sekaligus memberi impak kepada mutu nyanyiannya. Apa pun, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah buat Siti Nordiana yang sekali lagi mendapat tempat teratas minggu ini. Siti Nordiana telah menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara dengan begitu baik sekali. Meremang bulu roma.

nizam laksamana

Berdasarkan persembahan semasa, Abang Nara jangkakan Siti Nordiana pasti akan masuk ke final Gegar Vaganza 2. Begitu juga dengan Nassier Wahab dan Faradhiya. Apa pun debaran Gegar Vaganza 2 semakin minggu semakin memuncak. Sama-sama kita nantikan minggu seterusnya. Apa pendapat anda?

November 15th, 2015

Minggu ke 5 menyaksikan Amir Ukays tersingkir daripada Gegar Vaganza 2. Ini adalah satu keputusan yang munasabah oleh para juri selepas persembahan biasa-biasa Amir ketika menyanyikan lagu “Yank” daripada Wali Band. Apa pun, yang paling mencuri perhatian Abang Nara minggu ini ialah Haiza. Hebat sungguh Haiza menyanyikan lagu Rela. Pergh. Sampai tertanya-tanya Abang Nara kenapa Haiza memilih genre dangdut pada zaman kegemilangannya dengan suara sehebat ini.
haiza gegar vaganza 2
Selain itu, seperti yang dijangkakan, Nassier Wahab, Faradhiya dan Nizam Laksamana terus menunjukkan prestasi yang membanggakan. Minggu ini Gegar Vaganza 2 tiada kontroversi cuma ada beberapa individu tidak menggemari lawak meniru gaya Jamal Abdillah yang telah dilakukan oleh Achey dan juga Ajak Shiro. Namun itu adalah bertujuan untuk mempromosikan program terbaru Astro.

haiza gegar vaganza 2
Selain itu, gimik penyingkiran pengacara Nabil serta Jihan dan digantikan oleh Kak Engku dan Salih Yaakob juga menjadi. Tergelak besar Abang Nara. Ternyata sorakan para peminat menyebelahi Nabil dan Jihan. Sesungguhnya gabungan Nabil dan Jihan memang perfect. Teruskan usaha. Apa pendapat anda tentang konsert Gegar Vaganza 2 minggu ke 5?