Written by AbangNara | December 28th, 2015

Jika kakaknya Rozita Che Wan terbang ke London untuk bercuti di hujung tahun ini, Ayu Raudhah dan keluarganya pula telah memilih Itali sebagai lokasi percutian akhir tahun mereka. Itali sememangnya terkenal dengan rekaan bangunan mereka yang begitu gah sekali. Satu hari nanti pasti Abang Nara pun akan menjejakkan kaki ke sini. Teruja nak bergambar dengan bangunan-bangunan yang penuh dengan sejarah ini.

ayu raudhah

Semoga percutian ini akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan Ayu Raudhah. Selepas sepanjang tahun penat bekerja, apa salahnya berehat di luar negara kan? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 17th, 2013

Secara jujur, satu ketika dahulu Abang Nara pernah juga tidak berapa suka akan pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Ketika itu banyak kontroversi yang melibatkan mereka berdua dengan Rita Rudaini. Namun semenjak Ayu Raudhah bertudung, Abang Nara semakin suka melihat kemesraan dan kebahagiaan yang terpancar di dalam keluarga ini.

zaquan ayu raudhah

Tambahan pula kehadiran bayi lelaki sulung mereka yang sangat comel menyerikan lagi kehidupan Ayu dan Zaquan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi Zaquan, gaya rambut anak mereka yang mencacak naik sememangnya sangat comel. Kalau jumpa depan mata confirm kena cubit punya. Hehehe.

zaquan ayu raudhah

Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan buat mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak kedua pula selepas ini. Mana tahu ada rezeki dapat baby girl pulak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar keluarga bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 5th, 2012

Kira-kira dalam bulan Oktober 2011, Ayu Raudhah telah berkongsi berita kegugurannya setelah hamil 6 minggu. Pastinya berita tersebut sangat mengecewakan Ayu dan suaminya yang tidak sabar-sabar mendapat cahaya mata. Kemungkinan besar keguguran tersebut berlaku akibat Ayu terlalu bekerja keras.

ayu gugur

Berikutan itu, hari ini menerusi Utusan Malaysia, Ayu memberitahu yang dia akan mengambil untuk memberi fokus pada keluarga. Kata Ayu:-

Mungkin akibat terlalu bekerja keras, saya mengalami keguguran. Memandangkan saya dan suami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, rasanya adalah lebih baik untuk saya mengambil cuti buat masa ini.

Ini sememangnya satu langkah bagus yang telah diambil oleh Ayu Raudhah. Kerja tue kerja jugak, tetapi keluarga harus diutamakan. Lebih-lebih lagi bab mengandung ini susah nak dikesan pada waktu permulaan. Semoga dengan rehat secukupnya Ayu dan suami akan dipermudahkan untuk mendapat zuriat. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kucing-kucing bergaya dengan tali leher.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.

dialog

Berkata kepada portal Murai, Ayu memberitahu yang dialog-dialog yang dilontarkan di dalam drama turut memberi kesedaran kepada dirinya.

Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut. Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.

Siapa sangka daripada dialog-dialog sahaja hati Ayu Raudhah terbuka untuk bertudung. Malah, suami Ayu, Zaquan yang pada mulanya terkejut ternyata sangat gembira dengan perubahan ini. Kepada Ayu, semoga rezeki anda dimurahkan lagi selepas berhijrah ini. Tahniah sekali lagi kepada Ayu atas perubahan ini.