June 16th, 2014

Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm.

aidil zafuan

Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-

Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak.

aidil rita

Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda?
ptsP.S: Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, PTS dengan kerjasama Aman Palestin kini sedang menjayakan kempen Love Hope: Let’s Make It Happen. Dengan setiap pembelian buku yang mempunyai logo Love Hope, RM1 akan disalurkan kepada negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi. Sambil beli buku, sambil beramal. Maklumat lanjut layari www.pts.com.my/lovehope.

March 22nd, 2013

Terkejut Abang Nara membaca Harian Metro hari ini. Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah pun mencecah angka puluh ribu. Ini satu perkembangan yang baik. Sayangnya menurut Rita Rudaini, walaupun berpendapatan RM50,000 sebulan, Aidil tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan anak-anak.

aidil

Menerusi keterangan bertulis olehnya, Rita mendakwa sejak meninggalkan rumah kelamin mereka di Kota Damansara Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang, namun tak menentu dan biasanya menghampiri waktu kes mahkamah. Kata Rita Rudaini lagi:-

Defendan (Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontrak diperolehnya. Dia mempunyai kereta Mercedes CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya.

ritaUntuk makluman, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampai pakai buang. Manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan bil dan rumah. Namun begitu, Aidil yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia mempunyai bukti yang dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Kata Aidil.

Tak apalah saya ada semua bukti. Saya tak pernah tidak bagi nafkah untuk isteri dan anak. Saya hantar SMS bertanya khabar, dia tak balas, kadang-kadang saja dia balas.

Mahkamah telah menetapkan 6 Mei ini untuk sesi soal balas. Semoga kebenaran akan terbukti dan jalan penyelesaian sebaiknya akan dapat dicapai buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: WWE versi terlampau