Written by serenity | August 14th, 2015

Sebentar tadi, selebriti Abby Abadi telah selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Jai Ezzany atau nama sebenarnya, Muhammad Faizal Zakaria di Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur.


 photo 11849381_1630436030571044_288310187_n.jpg

Perkahwinan ini ialah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah bercerai dengan suami sebelum ini, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Abby mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dengan aktor Norman Hakim.

Pasangan ini berkenalan tahun 2013 tapi Abby tak perasan kehadirannya. Mereka berhubung semula atas urusan kerja pada Disember 2014.

Semoga berbahagia diucapkan buat Abby. Diharapkan perkahwinan ini yang terakhir buat beliau dan kekal hingga ke syurga. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar HLive Official.

Mah meri from carey Island…come and visit their exhibition!!!

Posted by Malaysia International Mask Festival on Thursday, 13 August 2015

 
Written by AbangNara | August 27th, 2014

Fuh~~ Kalau dah sampai ke tahap buat laporan polis, memang dah parah benar dah maksudnya. Kesian Abby Abadi. Mana tidaknya, pihak yang mempunyai masalah dengannya itu  tidak mengangkat panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej. Pening kepala juga dibuatnya. Abang Nara yakin laporan polis ini adalah langkah terakhir selepas Abby Abadi gagal mendapatkan respon daripada pihak tersebut.

abby abadi

Tulis Abby Abadi:-

Buat yg berkenaan Laporan Polis telah dibuat…. Sy terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dr dot dot dot…. Siapa? Biarlah Sy rahsiakan dulu buat masa ini yer…. Sy bagi ruang & peluang sebaiknya utk selesaikan dgn Sy je….. ‘dia itu’ buat mcm tiada apa2 yg berlalu.. cal tak berangkat, msg tak berbalas.

Sy tiada cara lain. Tindakan Undang2 yg terbaik. Harap yg berkenaan beri perhatian yer……….. Janji bulan puasa nk selesaikan… tiada. Bulan raya janji lagi… tiada juga. Sudahnya……… Maafkan Sy. Masih ada peluang lagi ni… Cal atau msg Sy dengan kadar segera yer

abby abadi

Semoga masalah Abby Abadi dan pihak tersebut dapat diselesaikan dengan segera tanpa campur tangan pihak polis. Kang tak pasal-pasal jadi hal mahkamah pulak. Lagi leceh. Berjumpalah secepat mungkin sebelum terlambat. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Amboi!!!

Written by AbangNara | May 29th, 2014

Kasihan sungguh nasib Abby Abadi. Apa pun bagi perbuatan seorang suami menceraikan isterinya menerusi SMS adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan dan tidak “gentleman”. Menurut Harian Metro hari ini, sumber mendakwa yang suami Abby Abadi, Farhan telah pun melafazkan cerai menerusi SMS. Perbicaraan pada pagi hari ini adalah bagi mengesahkan lafaz talak tersebut.

abby abadi cerai

Perbicaraan kes ini akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Buat Abby, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Selepas berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
abby abadiKata Abby Abadi:-

Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa.

abby abadi

Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.

P.S: 8 restoran terbaik dengan makanan aneh