Written by Bella | March 20th, 2019

Nur Fazura dan Fattah Amin antara pasangan selebriti paling romantis, setiap perkara yang mereka lakukan bersama pasti akan nampak manis dan begitu mesra penuh dengan rasa cinta.

Pendek kata, mereka berdua sudah ibarat seperti belangkas, tidak boleh berpisah antara satu sama lain. Mesti akan terasa rindu yang amat sangat.

Baru-baru ini, teman rapat Fazura yang dikenali sebagai Vee nampaknya agak ‘menyampah’ dengan kemesraan pasangan suami isteri itu.

Vee secara berseloroh mengusik gelagat Fazura yang sedang asyik  berbual meluahkan rasa rindu dan cinta terhadap suaminya menerusi aplikasi FaceTime.

Nampaknya kehangatan cinta FattZura masih lagi membara, macam pengantin baru. Apa-apa pun, semoga mereka berdua kekal bahagia begini sehingga ke syurga.