Nur Fazura dan Fattah Amin antara pasangan selebriti paling romantis, setiap perkara yang mereka lakukan bersama pasti akan nampak manis dan begitu mesra penuh dengan rasa cinta.
Pendek kata, mereka berdua sudah ibarat seperti belangkas, tidak boleh berpisah antara satu sama lain. Mesti akan terasa rindu yang amat sangat.
Baru-baru ini, teman rapat Fazura yang dikenali sebagai Vee nampaknya agak ‘menyampah’ dengan kemesraan pasangan suami isteri itu.
Vee secara berseloroh mengusik gelagat Fazura yang sedang asyik berbual meluahkan rasa rindu dan cinta terhadap suaminya menerusi aplikasi FaceTime.
Nampaknya kehangatan cinta FattZura masih lagi membara, macam pengantin baru. Apa-apa pun, semoga mereka berdua kekal bahagia begini sehingga ke syurga.

Euuu
March 22, 2019 at 1:37 am
Ni jer cara untuk naikkan nama untuk kekal relivant. Sampai mual disogokkan cerita yang sama tiap tahun.
Funfact
March 22, 2019 at 1:34 am
Couple yang paling suka show off kebahagiaan di media sosial tidak bermakna bahagia. Some are so insecure with the relationship.
Anonymous
March 21, 2019 at 7:38 am
Lantak ko la labu ….
HusnaJBC
March 20, 2019 at 11:13 pm
Benci lupak tetiba haha