December 24th, 2018

Menghitung hari untuk bergelar isteri, debaran menjelang perkahwinan pelakon Elfira Loy dan pasangannya, Faris K Anuar semakin terasa.

Bertanggungjawab untuk memastikan Elfira tampil anggun dan cantik pada majlis seharinya, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik foto salah satu busana perkahwinan pelakon wanita itu.

Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin.

Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami. Insya Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja. Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan.

Sentuhan Rizman Ruzaini tidak dinafikan sangat cantik dan begitu eksklusif, pastinya akan menyerlahkan lagi seri pengantin. Tahniah kami ucapkan kepada Elfira yang sedikit sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujangnya, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement