December 24th, 2018

Menghitung hari untuk bergelar isteri, debaran menjelang perkahwinan pelakon Elfira Loy dan pasangannya, Faris K Anuar semakin terasa.

Bertanggungjawab untuk memastikan Elfira tampil anggun dan cantik pada majlis seharinya, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik foto salah satu busana perkahwinan pelakon wanita itu.

Advertisement

Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin.

Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami. Insya Allah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Sejujurnya, kami berasa teruja. Macam untuk majlis El ini, ia memang istimewa. Lagi satu, El jenis yang tak kedekut. Setiap baju yang ditempah dengan kami dia bayar dan tak pernah minta penajaan.

Sentuhan Rizman Ruzaini tidak dinafikan sangat cantik dan begitu eksklusif, pastinya akan menyerlahkan lagi seri pengantin. Tahniah kami ucapkan kepada Elfira yang sedikit sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujangnya, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement

11 responses to “Pereka Fesyen Kongsi Foto Busana Perkahwinan Elfira Loy”

  1. Grumpydrive says:

    Baguslah dia pilih lelaki kaya daripada pilih pian yg ala kadar tapi mata keranjang tu. If laki kaya buaya takpelah at least dapat harta daripada makan hati jer nanti. Oh wai!

  2. Elliza Razak says:

    JANTINA SAJAT LAGI MUSTAHAK

  3. Alanice says:

    Kne ade plan b, klau dh xlaku blakon g r cri org Kaye, xde kne mngena dgn spe2

  4. nok gebuzzz says:

    siap bitau semua el yg byr….nape? el suruh ckp mcm tu ke…mcm duit dia yg kuar eh!hantaran tah bape la minta tu…gosok baju pon x reti…gosok telor jer la..

Loading...