June 20th, 2016

Dakwaan serangan seksual terhadap pelakon popular Korea Park Yoo-chun- 30, semakin bertambah apabila dua orang lagi wanita tampil dengan dakwaan telah dirogol pelakon itu. Yoo-chun kini dikatakan telah merogol empat orang ‘mangsa’.

Media Korea melaporkan, menurut polis pada 18 Jun, pengadu ketiga dan keempat telah tampil untuk memfailkan pertuduhan berasingan terhadap Yoo-chun. Seorang wanita mendakwa Yoo-chun merogolnya dalam bilik air di sebuah pusat karaoke pada Februari 2015, manakala seorang lagi mendakwa dirogol Yoochun di bilik air rumah pelakon itu pada Jun 2014.

Kes-kes ini muncul hanya beberapa hari selepas seorang wanita berusia 20-an memfailkan laporan polis ke atas penghibur itu pada 10 Jun, mendakwa diserang secara seksual oleh Yoo-chun awal bulan ini dalam bilik air sebuah bar yang merupakan tempat kerja wanita itu.


Walaupun selepas itu wanita itu menarik balik pertuduhan, mengatakan ‘tiada paksaan dalam melakukan seks dengan Yoo-chun’, polis memberitahu akan meneruskan siasatan, memaklumkan bahawa yang dituduh masih boleh berhadapan pertuduhan jenayah. Polis turut memaklumkan pengadu boleh dihukum sekiranya membuat dakwaan palsu.

Walau bagaimanapun, pemfailan pertama membawa kepada kesan domino, di mana wanita kedua mendakwa dia akhirnya menemui semangat untuk membuat laporan polis setelah mengetahui tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap Yoo-chun. Wanita kedua memberitahu Yoochun menyerangnya secara seksual di sebuah bar tempat dia bekerja di Gangnam–serupa dengan dakwaan wanita pertama.

Sementara itu, lukisan berupa kartun sebuah tandas, seorang lelaki, serta beberapa watak dan objek yang tidak dapat dikenal pasti, dipercayai dilukis sendiri oleh Yoo-chun beberapa tahun lepas, telah menjadi viral di media sosial. Begitu juga dengan imej komen yang dibuat oleh seorang peminat luar Korea yang menulis, “kenapa Yoo-chun suka sangat lukis gambar tandas, LOL, apa motifnya?”

Yoo-chun merupakan seorang pelakon sangat popular di negara Asia, antaranya Jepun dan China.

Pegawai dari agensi bakat beliau, C-JeS Entertainment, terus menafikan tuduhan terhadap Yoo-chun, mempertahankan yang pelakon itu tidak bersalah. Mereka berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah Yoo-chun secara lisan mahupun bertulis. Mereka berkata Yoo-chun memberitahu akan meninggalkan dunia hiburan sekiranya ada antara tuduhan ke atasnya didapati benar.

Yoo-chun buat masa ini sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Gangnam-gu di Seoul kerana menjalani khidmat ketenteraan.-beautifulnara.com

March 30th, 2016

Pada zaman teknologi serba canggih seperti sekarang, fungsi video pada telefon bimbit sering disalah gunakan individu tertentu. Itulah yang terjadi pada pelakon Reza Hasbi yang videonya dicuri rakam ketika membuang air kecil di sebuah tandas awam baru-baru ini oleh seorang remaja. Dia bercerita kepada mStar Online:
 photo 12317808_966933290045691_26167716_n.jpg

Semasa saya membuang air kecil di tandas tiba-tiba anak mata saya terperasan ada cahaya di bawah pintu dan saya terkejut apabila ternampak tangan yang memegang telefon sedang merakamkan imej saya yang ketika itu hendak buang air kecil.

Berlaku kekecohan juga di tandas itu kerana dia mengunci diri dalam tandas sebelah sehingga beberapa kru datang menyuruh dia keluar.

Pada mulanya saya rasa nak pukul budak tu tapi rasa kesian. Bagaimanapun saya bagi dia amaran supaya dia takut untuk buat perkara begitu lagi. Saya paksa dia serahkan telefonnnya kerana saya takut terdapat rakaman video saya dalam telefon itu.

Bagaimanapun, Reza tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Dia baru berusia 17 tahun dan saya rasa kesihan pula dengan nasib dia, jadi saya hanya beri amaran agar dia tidak mengulangi lagi perkara itu.

Telefon dia masih ada pada saya, walaupun dia kata sudah padam video tersebut, tapi saya tetap tidak percaya dan terpaksa merampasnya.


 photo 12547346_1546144455700248_1329563915_n.jpg

Reza tidak memberitahu jantina remaja tersebut tetapi memandangkan remaja itu sempat mengunci diri dalam tandas, kami beranggapan remaja itu berjantina lelaki. Apakah yang hendak dibuatnya dengan video Reza sedang membuang air kecil?

Pelbagai spekulasi boleh dibuat, namun syukurlah Reza sempat menahan remaja tersebut dari menyebarkan video tersebut. Diharap remaja itu akan insaf dan membuat perkara lebih berfaedah selepas ini.

JKKN Pahang mengalu-alukan penyertaan Sukarelawan Budaya. Keterangan lanjut sila hubungi : Encik Mohammad Husri Morni/ Encik Syukri Abdul Razak – 09-5178466

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 29 March 2016