Aplikasi Setel Penyelamat Lelaki ‘Tersangkut’ Dalam Tandas Stesen Minyak

Trending

Aplikasi Setel Penyelamat Lelaki ‘Tersangkut’ Dalam Tandas Stesen Minyak

Pada tahun 2018, stesen minyak Petronas mula memperkenalkan aplikasi Setel bagi memudahkan pengguna membuat bayaran pembelian minyak secara dalam talian.

Sehingga ke hari ini, aplikasi ini nampaknya semakin mendapat perhatian pengguna menerusi fungsi-fungsi tambahan yang tersedia.

Advertisement

Baru-baru ini di Twitter, seorang pengguna media sosial bernama @IniAlannn telah menceritakan satu kejadian mengenai seorang pemuda yang ‘tersangkut’ dalam tandas stesen minyak Petronas.

3 years ago

Padah Terlalu Lama Di Tandas Pejabat, Majikan Bertindak Potong Gaji Pekerja

Dia ‘tersangkut’ selepas mendapati stesen minyak tersebut telah terputus bekalan air dan bernasib baik apabila aplikasi Setel berjaya menyelamatkannya.

Siapa sangka dalam keadaan ‘cemas’ itu, dia sempat berfikir untuk memohon bantuan menerusi aplikasi Setel. Servis khidmat pelanggan yang sangat responsif turut memainkan peranan penting dalam menyelamatkan keadaan.

Aplikasi Setel bukan hanya untuk pembelian minyak 

Malah, ramai yang mengakui terkejut apabila mendapat tahu aplikasi tersebut boleh digunakan untuk tujuan selain daripada isian minyak.

Mana taknya, pemuda tersebut mungkin terpaksa memikirkan cara lain jika permintaan tidak mendapat respon daripada khidmat pelanggan.

Tangkap layar perbualan lelaki tersebut dengan servis khidmat pelanggan di aplikasi Setel

Tangkap layar perbualan pemuda tersebut – via Twitter

Dalam mesej yang dihantar, pemuda itu memohon bantuan air mineral sebanyak 1.5 liter. Dia akan membuat pembayaran di tandas lelaki yang terletak paling hujung.

Lebih melucukan, pemuda tersebut sempat berseloroh dengan menyatakan kakinya sudah lenguh kerana menunggu terlalu lama.

“Sebab tu jangan tanya kenapa masuk toilet pun nak bawak phone.. penting tau”

Di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dan sempat berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

Ramai juga yang meluahkan pendapat supaya sentiasa membawa telefon pintar ke tandas awam dan tandas di stesen minyak untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

setel

Komen pada perkongsian tersebut -via Twitter

 

Komen pada cerita lelaki terperangkap dalam tandas

Komen pada perkongsian tersebut – via Twitter

Walaupun peristiwa dianggap kelakar namun secara tidak langsung orang ramai mula sedar mengenai fungsi yang tersedia pada aplikasi eksklusif untuk pengguna stesen minyak Petronas ini.

Kalau anda mengalami situasi yang sama, mungkin cara ini antara yang boleh dilakukan di stesen minyak Petronas.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...