November 13th, 2018

Jarang memuat naik foto bersama suami tercinta, Syed Aiman di akaun Instagramnya, timbul pertanyaan dan spekulasi mengenai status rumah tangga penyanyi Linda Rafar. Adakah mereka berdua mempunyai masalah?

Menjawab segala persoalan, Linda memaklumkan beliau dan suami tidak mahu terlalu menayang kebahagiaan mereka. Anggota kumpulan Elite itu lebih selesa untuk berkongsi foto berkaitan kerjaya seninya dan anak-anak.

Biarlah rasa cinta dan bahagia itu menjadi rahsia suami isteri sahaja. Bukan semua perkara perlu dimuat naik ke media sosial kan?

May 5th, 2016

Tanggal 8 April lepas merupakan detik yang cukup indah buat Linda Rafar dan Syed Aiman apabila dikurniakan cahaya mata lelaki ketiga mereka yang diberi nama Syed Rizaliif.

Kini umur anak mereka sudah hampir sebulan dan baru-baru ini Syed Rizaliif telah menjalani sesi newborn photoshoot hasil jurugambar daripada Asy Studioz. Memang geram dibuatnya apabila melihat foto-foto Rizaliif yang cukup comel.

Jom kita layan lagi beberapa foto Rizaliif dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Asy Studioz

February 24th, 2016

Sekitar bulan September tahun lepas, rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman diuji apabila Linda dalam satu kenyataan kepada media memberitahu suaminya telah melafazkan cerai tanpa sebab saat beliau sedang hamil 3 bulan.

Namun, semua itu sudah berlalu dan berkat kesabaran Linda, kini mereka lebih bahagia bersama dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka tidak lama sahaja lagi.

Ketika melihat foto mereka berdua di Instagram, terpancar sinar cinta dan kasih sayang yang mendalam.

Kami mendoakan agar Linda dan Syed Aiman terus berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin…

Jom layan beberapa foto bahagia Linda Rafar dan Syed Aiman dengan membaca entri ini sepenuhnya.

October 1st, 2015

Saat Linda Rafar mengumumkan bahawa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai kepadanya, seluruh peminat industri hiburan tanah air merasa terkejut apatah lagi Linda sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun, Syed Aiman tetap tidak mengakui tindakannya itu meskipun Linda sudah hadir ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Sudah agak lama tidak mengetahui perkembangan terkini kes mereka, rupa-rupanya Linda dan Syed Aiman dalam diam cuba untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Setelah dilanda pelbagai ujian, Linda menerusi portal Utusan Online berkata beliau dan Syed Aiman kini dalam proses untuk rujuk semula.

Masih ada rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, Linda sebenarnya dari awal lagi mahu cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.

Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini.

Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru.

Kedua-duanya yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama tidak sanggup lagi untuk menghadapi perkara yang sama.  Linda turut meluahkan rasa syukur serta mengakui segala yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya.

Alhamdullilah,  rasa kasih sayang dan cinta yang kuat didalam hati Linda Rafar dan Syed Aiman merupakan sinar untuk mereka kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Apa yang berlaku sebelum ini jadikan pengajaran, ayuh sama-sama doakan kebahagiaan mereka.

Sumber Berita: Utusan Online