June 11th, 2013

Hangat juga komen-komen yang masuk ke ruangan komen BeautifulNara.com semalam.

Pagi ini apa kata kita mulakan dengan menonton video perkahwinan Daus AF8 atau Muhd Shahril Firdaus Eli dengan Syaza Shamimi Jalaluddin Khan yang berlangsung meriah hujung minggu lepas.


Menonton video yang dihasilkan oleh PelangiPutih Films ini ada bagaikan dibawa secara langsung ke majlis yang meriah itu juga. Terbaik rakaman yang terhasil dari sudut kamera dan penyuntingan yang baik, disulam dengan muzik yang bersesuaian.

Jom tonton!


June 10th, 2013

Mungkin ramai yang tidak tahu Daus AF8 atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 25, juga telah melangsungkan pernikahannya dengan seorang wanita cantik bernama Syaza Shamimi malam Jumaat lepas.



Majlis mereka dilangsungkan di Bintulu, Sarawak. Set gambar ini ialah untuk kedua-dua majlis pernikahan dan perkahwinan mereka. Khabarnya mereka juga telah melangsungkan majlis resepsi di tepi pantai. Tahniah untuk pasangan ini, semoga berkekalan ke syurga. Kredit gambar kepada jurugambar rasmi majlis mereka, Ceritera Cinta.


Pertandingan Nasyid dan Marhaban bersempena Festival Ramadan 2013 kembali untuk penganjuran kedua. Dapatkan syarat dan borang penyertaan dari laman sesawang kami http://www.jkkn.gov.my/