July 31st, 2018

Terpedaya dengan modus operandi sindiket penipuan haram ataupun ‘scammer’ yang menyamar sebagai pihak bank, pelakon Syafiq Kyle akui mengalami kerugian besar hampir RM40,000.

Melakukan penipuan tersebut menerusi panggilan telefon, Syafiq berkata segalanya berlaku dengan pantas dan lakonan penipu itu begitu meyakinkan.

Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mencurigakan. Semuanya berlaku sangat pantas dan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit sangat menyakinkan.

Mereka juga menyamar sebagai pihak bank dan meminta saya memasukkan wang ke akaun diberikan kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Saya terus memasukkan wang diminta tanpa menyedari diri menjadi mangsa pihak terbabit. Ia kali pertama saya ditipu pihak tidak bertanggungjawab sepanjang berkecimpung sebagai artis. Apapun, saya redha dengan apa berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya.

Susulan itu, Syafiq pada Sabtu lalu telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kes sindiket penipuan wang haram itu. Tujuan Syafiq mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu orang ramai turut menjadi mangsa kepada penipuan sindiket tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro