March 30th, 2015

Sekitar minggu lepas, kisah Syafiq Kyle yang telah memukul Uqasha Senrose sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian muka  cukup hangat diperkatakan. Meskipun, Syafiq sebelum ini pernah menyatakan ia sekadar gosip semata-mata, namun masih terdapat segelintir pihak yang mempercayai berita tersebut.

Bagi menjernihkan keadaan, Uqasha turut menafikan perkara tersebut dan menjelaskan jika benar perkara tersebut berlaku tentu sekali beliau tidak akan berdiam diri dan melaporkannya pada pihak berkuasa.

Kalau betul saya dipukul oleh Syafiq, sudah tentu ada laporan polis yang dibuat. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya cerita begitu dan tiba-tiba sahaja nama saya panas.

Tambah Uqasha, beliau tidak faham mengapa orang ramai sering mengaitkan namanya dan menyifatkan kes Syafiq memukulnya sengaja direka oleh pihak tertentu.

Saya sendiri tak tahu mengapa orang sering kali nak mengaitkan nama saya dengan cerita-cerita yang tak betul. Macam juga cerita yang dipukul itu, semuanya berpunca daripada gosip yang mengatakan saya diintai oleh anak hartawan.

Perkara itu tak betul dan ditambah pula dengan komen peminat di laman sosial yang mengatakan saya dipukul oleh Syafiq. Mungkin peminat itu sengaja menulis benda karut dan tak perlu dilayan.

Berbicara soal status hubungan beliau bersama Syafiq, Uqasha memberitahu mereka tidak pernah bercinta dan hanya sekadar teman rapat.

Antara saya dan Syafiq hanyalah teman rapat sahaja. Kami tak bercinta seperti yang diperkatakan umum dan saya sendiri sudah berkali-kali membuat penafian tentang perkara itu.

Dari awal lagi kami sudah jangka bahawa perkara ini tidak betul. Takkanlah kalau orang sudah mengasari kita tiada tindakan yang akan dilakukan bukan? Siapa yang mahu terus menjadi punching bag lelaki kan?

Sumber Berita: Utusan Online

March 24th, 2015

Meskipun tidak mengakui sedang bercinta, Uqasha Senrose dan Syafiq Kyle sering kelihatan bersama.  Namun, mereka khabarnya telah berpisah apabila Uqasha dikatakan sedang rapat dengan seorang pelakon baru Ben Ali.

 Terbaru, Syafiq didakwa pernah memukul Uqasha sehingga mendatangkan kecederaan pada wajah pelakon wanita tersebut. Mendengar pertuduhan tersebut, Syafiq merasa agak terkejut dan menegaskan ia sama sekali tidak betul serta tida mahu mengambil pusing terhadap hal yang remeh temeh seperti ini.

Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan. Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remeh dan mengarut.

Menjawab persoalan tentang hubungan mereka yang sudah berakhir dan Uqasha sudah menjalinkan hubungan cinta bersama Ben Ali, Syafiq berkata hubungan mereka masih lagi baik dan memberitahu Uqasha dan Ben sudah lama berkawan baik.

Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu. Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh.

Jika benar Uqasha Senrose telah dipukul oleh Syafiq Kyle, tentu sahaja beliau sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan tidak lagi berhubung dengan aktor tersebut. Tak bestlah kalau seorang lelaki itu memukul wanita bukan? Itu namanya lelaki dayus dan sebenarnya mereka merasa takut jika orang lain yang menindas mereka. Ewah..

Sumber Berita: mStar Online