Written by AbangNara | March 19th, 2014

SuperSquad ialah sebuah filem animasi yang dinanti-nanti oleh Abang Nara. Filem ini yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila bumi diserang oleh makhluk asing. Nampak menarik kan jalan ceritanya? Serius Abang Nara teruja.

supersquad the movieSebuah filem epic ‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi. Filem animasi ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 29 Mei 2014 ini.

supersquad

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Sidang Media Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad di UNITAR International University, Kelana Jaya. Kehadiran selebriti seperti Diana Danielle, Dafi dan Radhi Khalid yang terlibat di dalam pembikinan filem animasi ini ternyata menceriakan puluhan anak yatim yang menghadiri majlis ini. Seronok Abang Nara melihat keceriaan di wajah mereka.

supersquad

Apa pun Abang Nara tak sabar nak menanti tayangan filem animasi SuperSquad ini di pawagam pada bulan Mei kelak. Sama-samalah kita nantikan. Untuk informasi lanjut mengenai filem ini, anda boleh LIKE Facebook SuperSquad. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 9th, 2012

Hebat juga filem animasi 3D Supersquad ini apabila berjaya mendapatkan Aaron Aziz sebagai salah seorang penyumbang suara untuk salah satu watak di dalamnya. Semasa majlis pelancaran filem Supersquad ini, Abang Nara perasan lengan Aaron Aziz semakin besar. Kalau kena lempang mahu tak bangun 5 hari.

filem supersquad

Selain Aaron Aziz dan Diana Danielle, Dafi turut menyumbangkan suaranya untuk projek filem animasi 3D pertama Malaysia ini. Pasti peminat Dafi teruja untuk mendengar kecomelan suara Dafi apabila filem ini ditayangkan pada Disember 2013 kelak.

filem supersquad

Lagi 11 gambar Aaron Aziz dan Dafi di majlis pelancaran filem Supersquad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Jelmaan misteri di stesen keretapi Jepun. Jangan tengok kalau anda ada sakit jantung.