March 14th, 2019

Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup kritikal sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas, muntah,pening dan loya. Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara juga boleh membawa maut.

Dikala rakyat Malaysia sedang bimbang dengan situasi darurat tersebut, Suhaimi Saad sekali lagi mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi.

Umum mengetahui kebanyakkan mangsa pencemaran gas beracun itu adalah pelajar sekolah, kata Suhaimi, sudah terbukti bahawa suntikan vaksin tidak dapat mengurangkan penyebaran penyakit.

Kenyataan itu sekali lagi mengundang kecaman netizen, mereka tidak faham mengapa Suhaimi terus hendak mencetuskan provokasi kerana bahan kimia tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin.

Pada mereka, Suhaimi sangat tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden di Pasir Gudang. Tidak elok untuk mengeluarkan kata-kata mengarut seperti itu dikala ramai yang sedang bersedih.

Kalau tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik diam. Sepatutnya dalam keadaan seperti ini, kita harus mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.

March 11th, 2019

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad kembali lagi mencetuskan sensasi apabila memuat naik poster seminar yang dianjurkannya.

Menerusi butiran didalam poster tersebut, seminar itu adalah tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan awal  kanak-kanak yang akan diadakan pada 31 Mac ini dengan bayaran sebanyak RM 269, terhad untuk 20 peserta sahaja.  Beberapa topik hangat seperti isu vaksin dan kajian bumi rata juga akan dibincangkan.

Isteri dan anak-anak beliau pula akan menjadi penampilan istimewa di seminar itu. Bukan itu sahaja, Suhaimi turut akan menyanyi di seminar itu.

Tentunya pengajuran ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Kata Suhaimi, beliau mendapat idea untuk menganjurkan program tersebut selepas ramai yang meminta nasihat serta pandangannya tentang cara mendidik anak-anak terutam sekali berkaitan dengan isu belajar dari rumah.

Sumber Berita : mStar Online

February 25th, 2019

Isu Suhaimi Saad dengan pendiriannya mengatakan bumi ini bukan berbentuk sfera bulat dan percaya ia sebenarnya ‘flat earth’ antara topik terhangat sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, pihak TV Alhijrah mahu mengundang Suhaimi untuk tampil membicarakan topik ‘flat earth’ di program Analisis. Bagaimanapun, Suhaimi dikatakan meminta bayaran sebanyak RM5,000 untuk tampil dalam program tersebut.

Mengakui meminta bayaran RM5,000 dari TV Alhijrah, Suhaimi turut menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

Terdahulu, Suhaimi mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan bumi ini rata dan turut mencabar angkasawan negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera.

February 18th, 2019

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

flat earth

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?