September 22nd, 2020

Mendedahkan dirinya menerima kiriman mesej daripada seorang netizen di Instagram yang mempersoalkan mengenai cahaya mata, isteri kepada penyanyi Sufie Rashid iaitu Nurulain Md Yusof tampil bersuara berkenaan hal tersebut kepada umum.

"Aku Tak Mengandung Kau Yang "Bitter" - Diaju Soalan Bukan-Bukan, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

Menurutnya, beliau langsung tidak tersinggung dengan tohmahan yang diberikan namun tetap merasakan pertanyaan itu seakan tidak beradab.

"Aku Tak Mengandung Kau Yang "Bitter" - Diaju Soalan Bukan-Bukan, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut "Aku Tak Mengandung Kau Yang "Bitter" - Diaju Soalan Bukan-Bukan, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut "Aku Tak Mengandung Kau Yang "Bitter" - Diaju Soalan Bukan-Bukan, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

“Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter. Tak macam bertanya pun kan guys kan? Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak.”

Ujar Nurulain lagi, beliau sebelum ini juga tidak pernah mempersoalkan mengapa dirinya belum dikurniakan zuriat. Lantas akui segalanya telah ditetapkan oleh Illahi.

"Aku Tak Mengandung Kau Yang "Bitter" - Diaju Soalan Bukan-Bukan, Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

“Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan. Saya pun takda hak nak soal kenapa saya takda anak, inikan pulak awak nak tanya tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!”

Terdahulu, Sufie sendiri sebelum ini pernah mengakui soal anak sering menjadi tumpuan namun situasi itu tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.

Untuk rekod, Sufie yang juga merupakan juara Akademi Fantasia 2015 telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.

August 26th, 2020

Bagaikan lumrah setelah mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufi Rashid mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kerap ditanya mengenai soal menimang cahaya mata.

Sufie Rashid Akui Tak Tertekan Diasak Soal Cahaya Mata

Biarpun baru sahaja sah berkahwin pada tahun lalu, Sufi memaklumkan bahawa beliau dan isteri masih belum dikurniakan rezeki lagi untuk menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup mereka.

Sufie Rashid Akui Tak Tertekan Diasak Soal Cahaya Mata

“Baby ada dah.. tapi baby kucinglah di rumah (berseloroh). Belum lagi ada. Insya-Allah kalau diberikan rezeki, jika Allah dah tetapkan masanya, saya akan kongsikan.”

Katanya, sebagai insan yang baru mendirikan rumah tangga hampir setahun, dia akui soal anak sering menjadi tumpuan. Namun, tetap menegaskan bahawa situasi seperti itu langsung tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya.

Sufie Rashid Akui Tak Tertekan Diasak Soal Cahaya Mata

“Biasalah bila orang kahwin, soalan itu dah jadi klise, saya terima sahaja. Bila gemuk sikit kata, ada baby ke..bila kurus orang cakap macam tak sayang bini pula. Keluarga memang ada bertanya soal anak, tapi mereka tidaklah sampai push (desak).”

Untuk rekod, Sufi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof, dalam satu majlis ala taman di sebuah hotel di Putrajaya 21 September 2019.

Sumber: Gempak

July 6th, 2018

Dikatakan sudah lama rancang untuk menggunakan isu depresi sebagai gimik bagi mempromosikan lagunya, penyanyi Haqiem Rusli yang dikecam teruk oleh netizen yang merasa tertipu tampil menjelaskan perkara sebenar dalam satu sidang media khas yang diadakan malam semalam.

Haqiem menegaskan beliau tidak pernah menipu berhubung masalah kemurungan yang dialaminya meskipun beliau belum pernah berjumpa ataupun mendapat pengesahan berhubung sakit itudaripada doktor. Ini bukanlah gimik seperti yang disangka ramai.

Sejujurnya, saya mengalami kemurungan ringan seperti insomnia, kerja berlebihan dan berat badan tidak stabil. Sejak populariti lagu Tergantung Sepi lagi, saya berdepan banyak kecaman. Setiap hari, beribu-ribu orang mengkritik dan mengutuk, mengatakan muka saya tak kacak, berjerawat dan menyanyi tidak sedap.

Orang beranggapan, apa yang saya lakukan ini gimik sepenuhnya. Ia bukan gimik kerana berdasarkan pemahaman sendiri, memang saya alami tekanan. Saya juga merujuk kepada rakan yang pernah berdepan masalah ini dan kata mereka, saya alami ‘mild depression’.

Haqiem juga turut membuat permohonan maaf atas segala kontroversi yang berlaku susulan tindakan beliau yang mengumumkan keputusan untuk berhenti menyanyi sebelum ini.

Malah, Haqiem meminta rakyat Malaysia memberikannya peluang kedua dan tidak lagi mengecam dirinya. Tambahnya, beliau akan berjumpa dengan pakar psikiatri untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubunga isu kemurugannya itu.

Sumber Berita & Video : BH ONLINE

Kredit Foto : Astro Awani

July 5th, 2018

Belum lagi reda dengan isu gimik depresi yang sengaja dirancang dan membangkitkan kemarahan ramai, kini Haqiem Rusli didakwa mencuri idea penyanyi Sufie Rashid untuk menghasilkan single terbarunya.

Menurut Sufie, Haqiem tidak mendapatkan keizinannyas sebagai penyusun muzik asal  untuk menggunakan ‘intro’ lagu barunya Selamat Tinggal Sayang. Difahamkan, Sufie hanya membuat demo untuk penyanyi remaja itu sekitar tahun lalu dan tidak sangka Haqiem akan menggunakannya untuk lagu tersebut.

Sufie bukanlah mahu sengaja mahu meraih publisiti ataupun menuntut bayaran tetapi hanya ingin Haqiem meminta izinnya dengan mengikut prosedur yang betul.

Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun dengarkannya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan ‘intro’ untuk lagu baru itu. Sebelum dia menempa nama seperti hari ini, selalunya dia akan buat demo dengan menggunakan gitar. Satu hari, dia beritahu saya yang dia nak buat demo yang lebih ‘proper’, jadi saya susun semula lagu itu dan mainkan dengan piano.

Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak. Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri.

Lepas satu isu timbul pula isu lain melibatkan Haqiem Rusli. Tak silap kami sebelum ini Haqiem pernah terlibat dengan kontroversi tuduh Asfan ciplak lagunya, harini beliau pula dituduh sedemikian.  Harapnya beliau tidak hanya berdiam diri dan tampil menjelaskan perkara sebenar. Betul ke curi idea orang lain untuk hasilkan lagu baru,ataupun kali ini anda masih tidak tahu apa yang berlaku juga macam kes program FB Live beberapa hari lalu? Hmmph..

Sumber Berita : Harian Metro