“Ia Benar-Benar Buka Mata Saya” – Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Hiburan

“Ia Benar-Benar Buka Mata Saya” – Sufie Rashid Sudah Tujuh Hari Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Penyanyi, Sufie Rashid bersama pasukan bantuan yang dikelolanya sudah masuk hari ketujuh turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi di Selangor.

3 years ago

Tak Pernah Khatam Al-Quran, Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

Advertisement

Menurut Sufie, bencana banjir yang berlaku ini benar-benar membuka matanya kerana dia tidak pernah melalui pengalaman banjir yang teruk di Singapura.

Penyanyi berasal dari Singapura itu memberitahu yang pada awalnya, dia dan isterinya ingin turun ke lokasi yang terjejas hanya untuk menghulurkan sumbangan makanan dan ubat-ubatan.

Namun, bila sudah tengok sendiri situasi di sana, saya rasa saya perlu bantu lebih dari itu.

Sufie yang turut disertai isteri, Nurulain Md Yusof dan pasukannya membawa empat bot dari beberapa lokasi untuk membawa masuk bekalan makanan, ubat serta membantu kerja-kerja menyelamat.

Tambah Sufie, mereka ke Hulu Langat pada hari pertama yang memang sangat terjejas teruk dan terdapat tanah runtuh, pokok tumbang serta memerlukan mereka untuk meredah hutan.

Sufie Rashid

Alhamdulillah, pasukan saya dapat empat bot dari Port Dickson, Taiping, Puchong dan Shah Alam.

Namun, Sufie turut memaklumkan bahawa terdapat juga kawasan yang tidak dapat dimasuki bot seperti di Taman Sri Muda, Shah Alam kerana banyak kereta tenggelam dan bot tersangkut.

Bagaimanapun, Sufie sangat bersyukur kerana kerja-kerja bantuan yang dilakukannya turut disertai hampir 30 orang yang ingin membantu dan turut berterima kasih kepada penyumbang dari Malaysia dan Singapura.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...