Written by Bella | June 12th, 2017

Umum mengetahui pelakon Elfira Loy kini sedang rapat dengan penyanyi Sufian Suhaimi yang beberapa hari lepas dihimpit kontroversi apabila difitnah menggoda isteri orang. Sedikit sebanyak nama Elfira turut terpalit dalam kontroversi berkenaan.

Namun, sebagai orang yang paling rapat dengan mengenali siapa Sufian sebenarnya, Elfira sedikit pun tidak mempercayai setiap khabar angin berkaitan isu menggoda tersebut.

Berikut respon Elfira :-

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendakwa isterinya digoda oleh Sufian menerusi aplikasi Bingo Live. Individu itu juga turut memuat naik beberapa bukti bergambar perbualan antara Sufian dan isterinya. Walaubagaimanapun, Sufian menafikan dakwaan tersebut dan sudah membuat laporan polis sebagai salah satu langkah untuk keselamatan dirinya.

Written by Bella | June 12th, 2017

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang penggung Twitter mendakwa isterinya telah digoda oleh penyanyi yang sedang meningkat naik namanya, Sufian Suhaimi menerusi aplikasi Bigo Live. Ramai percaya bahawa pengguna Twitter tersebut sengaja ingin mencari publisiti dan segala gambar yang beliau muat naik adalah palsu.

Susulan dakwaan itu, Sufian menerusi portal mStar Online memberitahu beliau sudah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut.

Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya. Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar.

Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama seperti mana berlaku kepada Shukri Yahaya.

Sufian akui beliau terkejut dengan kontroversi yang melanda dirinya itu apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ia membimbangkan kerana ia boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi. Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis.

Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah. Sebelum apa-apa yang buruk berlaku langkah yang paling tepat ialah membuat laporan polis. Memang hangat betul isu artis didakwa menggoda sejak beberapa hari ini.

Sumber Berita : mStar OnlineĀ 

Written by Bella | June 11th, 2017

Seorang pengguna twitter @HaziqRefff telah menyebarkan beberapa keping gambar perbualan yang didakwa milik isterinya dan seorang artis yang dikatakan Sufian Suhaimi.