Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Difitnah Goda Isteri Orang : Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang penggung Twitter mendakwa isterinya telah digoda oleh penyanyi yang sedang meningkat naik namanya, Sufian Suhaimi menerusi aplikasi Bigo Live. Ramai percaya bahawa pengguna Twitter tersebut sengaja ingin mencari publisiti dan segala gambar yang beliau muat naik adalah palsu.

Advertisement

Susulan dakwaan itu, Sufian menerusi portal mStar Online memberitahu beliau sudah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut.

Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya. Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar.

Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama seperti mana berlaku kepada Shukri Yahaya.

Sufian akui beliau terkejut dengan kontroversi yang melanda dirinya itu apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Advertisement

Ia membimbangkan kerana ia boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi. Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis.

Bak kata pepatah berani kerana benar takut kerana salah. Sebelum apa-apa yang buruk berlaku langkah yang paling tepat ialah membuat laporan polis. Memang hangat betul isu artis didakwa menggoda sejak beberapa hari ini.

Sumber Berita : mStar Online 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top