Written by Bella | May 1st, 2017

Sering dikatakan sedang bercinta dengan Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui setiap kontroversi dan gosip sedikit sebanyak membuatkan hubungan mereka berdua lebih rapat.  Malah, menurut Sufian beliau juga mempunyai hubungan baik dengan ibu Elfira.

Elfira adalah pendengar yang baik. Pengalamannya dalam industri seni banyak membantu saya menyusun langkah. Elfira banyak memberikan tunjuk ajar mengenai apa yang perlu dilakukan atau sebaliknya. Dia juga tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Keluarga saya dan Elfira tahu mengenai persahabatan kami. Hubungan saya dengan ibunya juga baik. Tetapi, rasanya terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungan kami.

Kita tidak pernah tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Kami selesa berkawan dan membiarkan segala-galanya mengalir mengikut keadaan. Setakat ini, kami belum membuat apa-apa perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa lebih serius.

Sebagai pendatang baru dalam industri hiburan tanah air, Sufian juga masih cuba untuk membiasakan diri dengan gosip dan kontroversi yang umum mengetahui adalah lumrah hidup sebagai artis.  Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai hala tuju hubungan beliau dengan Elfira.

Sumber Berita : BH PLUS

Kredit Foto : Amir Naufal Photography

Written by Bella | March 15th, 2017

Sering bergambar mesra dan menerima sejambak bunga ros merah daripada Sufian Suhaimi, ramai yang mempercayai pelakon, Elfira Loy sedang hangat bercinta dengan penyanyi tersebut. Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi yang timbul termasuk dakwaan mengatakan Elfira adalah punca Sufian putus cinta bersama bekas kekasihnya. Namun, hubungan mereka tidaklah serapat mana. Menurut Elfira, beliau dan Sufian hanya sekadar teman biasa.

Kami berdua hanyalah rakan biasa dan mula berkenalan sekitar sebulan lalu. Hubungan kami tidaklah begitu rapat seperti yang didakwa. Meskipun baru berkenalan, kebetulan hari lahir saya jatuh pada 8 Mac lalu dan dia telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah.

Saya memuat naik pemberiannya itu menerusi sebuah video di Instagram Stories dan peminat mula menyangka kami bercinta. Sufian seorang penyanyi dan mempunyai ramai peminat. Mungkin sebab itu setiap apa yang dilakukan meraih perhatian walaupun sekadar memberi bunga.

Elfira juga memberitahu beliau tidak pernah tahu mengenai isu Sufian putus cinta sehingga namanya juga turut terpalit dengan isu tersebut. Walaubagaimanapun, Sufian telah memohon maaf kepadanya secara peribadi.

Sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang perkara itu sehinggalah ia menjadi isu besar. Imej Sufian juga tercalar kerana dituduh lelaki jahat, sedangkan hubungannya dengan bekas kekasih sudah lama putus.

Secara tidak langsung saya juga terkena tempias dan Sufian telah memohon maaf atas perkara tersebut. Apa pun dalam perkara ini, kami bertiga sebenarnya tidak bersalah, sebaliknya menjadi mangsa keadaan.

Buat Elfira, beliau enggan terlalu memikirkan segala gosip dan  menganggap tidak salah untuk beliau berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kesian juga dekat Elfira kerana menjadi mangsa keadaan. Itulah, kadang-kadang foto mesra ini boleh mengundang pelbagai fitnah dan tafsiran yang berbeza.

Sumber Berita : Kosmo Online