October 15th, 2015

Tahun ini Akademi Fantasia 2015 cukup hangat dengan kontroversi, bermula daripada kes Che Ta menarik diri daripada menjadi juri tetap sehinggalah beberapa pihak yang merasa tidak puas hati apabila peserta daripada Singapura iaitu Sufi dinobatkan sebagai juara.

Jika anda mengikuti perkembangan terkini, pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik.

Menyedari ia satu isu yang sedang viral, Sufi menerusi portal Murai berkata beliau sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.

Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Buat Sufi, beliau sebenarnya sudah puas hati ketika mendapat peluang untuk beraksi di peringkat akhir. Apabila beliu diumumkan sebagai juara tiada apa yang dapat beliau katakan selain merasa syukur dengan ketentuan rezeki buatnya.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan.

Menang itu memang satu bonus, apa yang penting sebenarnya cara Sufi nanti untuk terus membina kerjaya beliau dan menghadapai segala ujian dalam bidang hiburan dengan baik. Seperti kata Datuk Ramli MS, jangan hanya popular sekejap lepas tu hilang je macam tu.

Sumber Berita: Murai

October 12th, 2015

Kalau anda semua dapat lihat memang banyak betul orang yang tidak berpuas hati apabila Sufi dinobatkan sebagai Juara AF2015 termasuklah juga pengarah terkenal Michael Ang yang memang tidak setuju dengan keputusan tersebut melalui luahan beliau menerusi akaun Twitternya.

Dengan jelas Michael mengkritik Sufi secara lantang dan mendakwa 1 undi rakyat Singapura bersaamaan dengan 5 undi di Malaysia.

Pelbagai reaksi yang beliau terima daripada rakyat Singapura sendiri terutama sekali peminat tegar Sufi. Jelas mereka rakyat Singapura hanya boeh mengundi sekali sehari sahaja, itupun menerusi online.

Walaubagaimanapun, Michael membidas semua komen tersebut dan menyifatkan luahan beliau itu sekadar gurauan sahaja dan mana-mana rakyat Singapura tidak perlu gelabah tidak tentu pasal.

Kita tidak boleh putar kembali masa, kesemua finalis pada malam Konser Akhir Akademi Fantasia 2015 mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Sudah rezeki Sufi untuk menang, apa yang anda undi itulah yang anda dapat.

Sumber Berita: Twitter Michael Ang

October 12th, 2015

Semalam, Akademi Fantasia 2015 telah melabuhkan tirainya selepas 10 minggu bersiaran dan menyaksikan pelajar kelahiran Singapura Sufi dinobatkan sebagai juara tahun ini.

Namun, disebalik keputusan tersebut ramai yang terkejut dan merasa tidak puas hati  kerana satu-satunya  peserta tunggal wanita iaitu Bila tidak menjuarai AF2015.

Menampilkan persembahan yang konsisten setiap minggu  dan lebih memukaukan semalam pada konsert akhir, penonton menyifatkan Bila sebagai seorang yang cukup layak untuk mengungguli tempat pertama.

Tidak mengapalah, pada kami mungkin kali ini bukan rezeki Bila untuk menang tetapi anda pun tahu beliau mempunyai bakat yang besar dan seperti kata Datuk Ramli MS semalam tidak mustahil satu hari nanti Bila akan menjadi seorang penyanyi yang hebat.

Tiada guna juga kita rasa kurang  puas hati sedangkan penonton juga tidak menyokong Bila kan? dan kami pasti 100% pengundi hanya nilaikan paras rupa sahaja. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada semua finalis.

October 12th, 2015

Setelah 10 minggu mempelajari setiap ilmu untuk bergelar anak seni, akhirnya  peserta kelahiran Singapura Sufie Rashid atau lebih dikenali sebagai Sufi  telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015.

Mengakui ia satu persaingan yang agak sengit bagi peringkat akhir AF tahun ini, beliau telah berjaya mengalahkan 3 finalis lain iaitu Syamel, Bila dan Shahrul.

Menampilkan persembahan yang kami akui cukup memukau ketika membawakan dua buah lagu iaitu Andaiku Bercinta Lagi daripada kumpulan Mojo dan lagu ciptaan beliau sendiri berjuduh Kisah Dua Muka, Sufi telah berjaya membawa wang tunai bernilai RM50,00, pakej percutian ke Dubai untuk seorang  tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Syamel dimana beliau turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian ke Dubai untuk seorang tajaan HNH Tours Sdn Bhd, beserta trofi sumbangan Astro.

Ditempat ketiga pula jatuh kepada peserta yang cukup konsisten dan menjadi “favourite” di kalangan juri iaitu Bila dan tempat keempat menjadi milik pelajar bernama Shahrul berasal daripada Negeri Sembilan.

Bila membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala Shahrul RM10,000. Kedua-duanya turut menerima pakej percutian ke Dubai untuk seorang tajaan HNH Tours Sdn Bhd, beserta trofi sumbangan Astro.

Tahniah kami ucapkan kepada semua finalis AF2015, selamat menempuhi industri hiburan dan harap perjalanan seni anda lebih bersinar selepas ini.

Sumber Berita : Berita Harian