June 24th, 2013

Sebenarnya dalam hidup ini, memang kena buat silap. Barulah kita tahu mana yang boleh dibuat dan mana yang harus dielakkan. Apa pun Abang Nara respek dengan Yasmin Hani yang mengakui kesilapan berhubung isu tatu di lengan suaminya yang kecoh baru-baru ini.
tatu suami yasmin haniYasmin Hani telah berkongsi gambar suaminya mendapatkan tatu daripada inai ketika mereka berdua pergi bercuti ke Bali. Salah satu gambar ialah seperti di atas, iaitu saat ketika suaminya sedang dilukis tatu di lengan. Kata Yasmin:-

Jika ia satu kesilapan, saya mohon maaf dan saya juga belajar dari kesilapan. Saya harap tiada lagi pihak yang akan memperbesar-besarkan isu terbabit lagi. Selepas isu ini keluar, saya ada juga mencari maklumat tentang hukum melukis inai di tubuh. Saya juga kurang pasti dengan perkara ini dan setiap teguran yang diberikan, saya terima dengan hati terbuka.

tatu suami yasmin hani

Memang banyak teguran yang telah diterima oleh Yasmin dan suaminya berhubung kontroversi ini. Sayangnya ada beberapa orang yang menggunakan kata-kata kesat ketika membuat teguran. Abang Nara pun sedih kot kalau dicaci sebegitu. Tambah Yasmin lagi:-

Cuma saya agak kesal dengan teguran dengan kata-kata kesat. Bagi saya, kata-kata menggambarkan diri kita yang sebenar. Saya bukan tak solat dan tak tahu hukum hakam langsung. Lagipun lukisan itu telah pun hilang beberapa hari kemudian. Cukup-cukuplah bermain dengan isu ini. Ada banyak lagi isu besar yang perlu diberi perhatian

Semoga kejadian ini akan jadi pengajaran buat Yasmin dan suami. Tak perlulah nak tatu-tatu dan sebagainya. Suami anda memang kacak dan gagah perkasa walaupun tanpa tatu di lengannya. Tak gitu?

P.S: 2013 Chery Eastar XT dilancarkan pada harga RM94,040

Advertisement
October 31st, 2012

Lama tidak mendengar khabar Yasmin Hani Richardson semenjak statusnya bertukar menjadi isteri. Nasib baik dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang, peminat Yasmin Hani dapat mengikuti perkembangannya menerusi Instagram. Terima kasih kepada Yasmin Hani kerana sudi berkongsi gambarnya di Beijing untuk rakaman program Destinasi Cinta.

beijing china

Yasmin Hani masih maintain cun melecun seperti ketika zaman anak dara. Pasangan suami isteri ini nampak sangat bahagia di dalam gambar-gambar yang dikongsikan. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan sampai bila-bila. Tak sabar rasanya nak tengok program Destinasi Cinta nanti.

beijing china

Lagi 7 gambar Yasmin Hani dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Jom meluncur ke kelas.

beijing china
beijing china
beijing china
beijing china
beijing china
beijing china
beijing china

Advertisement