Written by AbangNara | June 23rd, 2015

Tidak mahu membiarkan para peminat industri hiburan berteka-teki, Wan Maimunah telah tampil mengesahkan tentang desas-desus tentang penceraiannya dengan seorang usahawan makanan tradisi kacang pool di Johor, Makpol Saimon, 55. Wan Maimunah dan Makpol telah pun berkahwin pada hujung tahun 2013. Namun perkahwinan mereka telah pun berakhir sekitar bulan April tahun ini.
wan maimunah

Wan Maimunah yang berusia 62 tahun walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut tentang penceraianya itu. Katanya:-

Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan. Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku

wan

Kesian la pula bila dah berusia sebegini tetapi perkahwinan tidak dapat dipertahankan sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya pasti ada hikmah di sebalik penceraian ini. Semoga Wan Maimunah tabah dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita doakan. Sumber Kosmo.wan

P.S: Cerita banyak tak guna, email je ke [email protected] untuk letupkan perniagaan anda Ramadhan ini.

Written by AbangNara | December 17th, 2013

Maafkan Abang Nara kerana gagal berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan pelakon Wan Maimunah. Abang Nara terlepas pandang kerana ada 2 perkahwinan lain berjalan di masa yang lebih kurang sama iaitu Rozita Che Wan dan Jovian. Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wan Maimunah, 60 tahun dan suaminya, Makpol Saimon yang merupakan seorang ahli perniagaan.

gambar perkahwinan wan maimunah

Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada 14 Disember selepas Maghrib di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan Maimunah ialah bimbingan ke jalan yang diredhai All ah. Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang. Kata Wan Maimunah:-

Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami

gambar perkahwinan wan maimunah

Semoga perkahwinan Wan Maimunah berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat serta kebahagiaan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar perkahwinan wan maimunah

P.S: Cantik, trendy dan ratusan pilihan untuk aksesori telefon dan gadjet ada dijual di MomoGadget. Banyak juga yang berkenan di hati Abang Nara. Harga pun sangat berpatutan dan kalau beli lebih RM25, penghantaran adalah percuma. Boleh “cash on delivery” sekiranya membuat pembelian di sekitar Johor Bahru. Untuk informasi lanjut, layari www.momogadget.com , LIKE Facebook Momogadget atau hubungi  016 7277166 (Addy).