June 4th, 2013

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Si cantik manis, Maya Karin mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius. Jadi masih anda peluang untuk anda.

maya karin

Faktor jarak menjadi faktor utama hubungan Maya dan lelaki tersebut masih belum ke peringkat seterusnya. Kata Maya:-

Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa.

maya karin

Rasanya sudah lama juga Maya Karin tidak menempuhi alam percintaan selepas kegagalan dalam perkahwinan pertamanya dahulu. Sebelum ini, Maya Karin pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak. Nampaknya hubungan mereka ternyata hanya sekadar kawan. Kepada Maya, cepat-cepatlah mencari teman hidup untuk dijadikan suami di masa hadapan.

July 16th, 2010

maya karin sah bercerai talak satu

Takziah kami ucapkan kepada Maya Karin yang kini sudah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Nampaknya jodoh mereka berdua sampai di sini sahaja. Penceraian Maya Karin ini telah disahkan hari ini (Jumaat, 16 Julai) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Maya Karin dan suami telah hadir berasingan ke mahkamah untuk mengesahkan penceraian mereka berdua. Penceraian Maya Karin berlaku genap selepas sepuluh hari mereka mengesahkan perkahwinan mereka. Dalam satu statement yang dikeluarkan, Maya Karin dan suaminya berharap agar penceraian ini tidak menimbulkan sebarang spekulasi daripada media.

[note]Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam. Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan.[/note]

Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada Maya Karin dan suaminya atas penceraian ini. Semoga ada sinar baru untuk anda berdua di masa hadapan.

February 25th, 2010

maya karin cerai

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Aceh, berperibahasa pulak kami di situ. Itulah agaknya yang sedang berlaku kepada Maya Karin dan suaminya, Steven. Walaupun ada angin barat daya yang kencang bertiup membawak gosip Maya Karin sudah bercerai, tetapi Maya bagitau yang dia dan suami sekadar tergigit lidah je.

Sekarang nie kedua-duanya sedang cuba untuk membaiki balik hubungan masing-masing. Kalau tak silap kami, Maya dan suami tinggal asing-asing disebabkan kerjaya masing-masing. Mungkin betul kata orang tua-tua, jauh di mata maka jauhlah di hati. Itu yang dilanda badai sikit tue rumah tangga diorang berdua.

Buat Maya Karin dan suami, tabahlah menghadapi dugaan nie. Biasalah adat berumah tangga. Kalau tak ada halangan tak mencabarlah kan? Semoga berjaya melepasi dugaan ini dan bertambah mesra selepas itu.

P.S: Mintak dijauhkan Maya Karin bercerai dengan suaminya. Tapi kalaulah perkara tak elok ini terjadi, maka mungkin status janda terhangat Malaysia yang kini dipegang Rozita Che Wan akan dicabar. Harap-harap Maya dan suami akan terus kekal bahagia.