March 25th, 2020

Pelakon Eyra Hazali mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi momen manis bersama suami tercinta, penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Muhammad Haziq Nadzli, ketika mereka sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

eyra hazali suami

Terlalu bosan terperap di rumah sepanjang tempoh kuarantin, Eyra berkata Haziq sering mengusiknya.

eyra hazali suami

Ramai yang terhibur dengan keletah pasangan ini dan rata-rata netizen memuji mereka sangat manis bersama. Memang cemburu habis individu bujang di luar sana dengan saat bahagia dan romantis mereka.

eyra hazali suami batalkan wuduk eyra hazali eyra hazali suami

Ketika tempoh kuarantin inilah pasangan suami isteri boleh mengambil peluang untuk menikmati momen bulan madu di rumah. Barulah hubungan lebih erat dan bertambah rasa cinta dan kasih sayang. Betul tak?

February 28th, 2020

Pasangan yang berkahwin sudah pastinya tak sabar menantikan zuriat sendiri. Tak kisahlah cepat atau pun lambat, anugerah itu merupakan sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan suami dan isteri.

Sama juga dengan pelakon wanita Eyra Hazali dan pasangannya iaitu pemain bola sepak Muhammad Haziq Nadzli yang baru sahaja tiga bulan berkahwin. Rezeki datang menjengah awal apabila pasangan ini mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi.

eyra hazali berkahwin

Tak sangka berita baik ini tetap menerima cacian daripada segelintir netizen yang berhati busuk. Eyra sendiri mendedahkan bahawa berita kehamilannya itu mendapat reaksi negatif daripada umum.

Wanita itu turut menyatakan rasa terkejutnya kerana tidak menyangka khabar baik itu menerima kata-kata cacian pula. Lebih mengejutkan apabila ada yang tergamak mendoakan supaya kandungannya yang masih di peringkat awal itu gugur. Jahatnya!

Ada yang tak suka hingga mendoakan perkara tak baik terhadap kandungan. Kalau saya ceritakan semuanya, mesti ramai yang terkejut.

 

Antara komen yang paling teruk diterima selepas membuat pengumuman kehamilan adalah ada yang menganggap saya terlalu gembira dan akan gugur tak lama lagi.

eyra hazali mengandung

Tak mampu menyorokkan rasa sedihnya, Eyra mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu dengan komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya di media sosial.

Kasihan bayi saya, belum lahir lagi sudah menerima kecaman netizen. Tak dinafikan, emosi saya terganggu apabila membaca komen tetapi saya tak balas.

Namun dia mengambil inisiatif untuk tidak mengendahkan komen sedemikian dan memberi fokus kepada kandungannya sahaja.

Pelakon muda itu juga menceritakan bahawa suaminya sering memantau komen berbaur cacian tersebut dan menyekatnya terlebih dahulu sebelum dia membacanya. Tak dinafikan yang wanita itu sering diserang netizen sejak mereka mendirikan rumah tangga.

eyra hazali dan suami

Apalah dosa anak masih dalam kandungan itu sampai terima cacian orang. Berpada-padalah bila nak tulis komen, emosi seorang wanita yang sedang hamil ini perlu dijaga.

Sumber: ASTRO Gempak