Pasangan yang berkahwin sudah pastinya tak sabar menantikan zuriat sendiri. Tak kisahlah cepat atau pun lambat, anugerah itu merupakan sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan suami dan isteri.
Sama juga dengan pelakon wanita Eyra Hazali dan pasangannya iaitu pemain bola sepak Muhammad Haziq Nadzli yang baru sahaja tiga bulan berkahwin. Rezeki datang menjengah awal apabila pasangan ini mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata sulung tak lama lagi.
Tak sangka berita baik ini tetap menerima cacian daripada segelintir netizen yang berhati busuk. Eyra sendiri mendedahkan bahawa berita kehamilannya itu mendapat reaksi negatif daripada umum.
Wanita itu turut menyatakan rasa terkejutnya kerana tidak menyangka khabar baik itu menerima kata-kata cacian pula. Lebih mengejutkan apabila ada yang tergamak mendoakan supaya kandungannya yang masih di peringkat awal itu gugur. Jahatnya!
Ada yang tak suka hingga mendoakan perkara tak baik terhadap kandungan. Kalau saya ceritakan semuanya, mesti ramai yang terkejut.
AdvertisementAntara komen yang paling teruk diterima selepas membuat pengumuman kehamilan adalah ada yang menganggap saya terlalu gembira dan akan gugur tak lama lagi.
Tak mampu menyorokkan rasa sedihnya, Eyra mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu dengan komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya di media sosial.
Kasihan bayi saya, belum lahir lagi sudah menerima kecaman netizen. Tak dinafikan, emosi saya terganggu apabila membaca komen tetapi saya tak balas.
Namun dia mengambil inisiatif untuk tidak mengendahkan komen sedemikian dan memberi fokus kepada kandungannya sahaja.
Pelakon muda itu juga menceritakan bahawa suaminya sering memantau komen berbaur cacian tersebut dan menyekatnya terlebih dahulu sebelum dia membacanya. Tak dinafikan yang wanita itu sering diserang netizen sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Apalah dosa anak masih dalam kandungan itu sampai terima cacian orang. Berpada-padalah bila nak tulis komen, emosi seorang wanita yang sedang hamil ini perlu dijaga.

Anonymous
February 29, 2020 at 11:30 am
Bahagia jangan tunjuk sangat
Anonymous
February 29, 2020 at 9:11 am
dia ni over..bosan pulak i dengar cerita pasal dia.. annoying gila
Anonymous
February 28, 2020 at 3:43 pm
kalau boleh jangan heboh awal2. 3 bulan tu masih awal. macam fasha tu umum awal2 last2 gugur. sbb mulut puaka ni ramai. Tiru macam Anzalna tu diam2 je. Tu lebih baik. Video yang nak share hamil pon boleh share nanti bile kandungan dah lama. Share sekarang ada yang hati busuk meluat tengok terus doa teruk2.
Anonymous
February 28, 2020 at 2:13 pm
Sbb tu org pesan jgn heboh bila awal kehamilan.. mcm ni la akan jadi bila org doakan yg tak baik.. ada yg dengki busuk hati.. kena hadap laaa.. vdeo tnjuk UPT tu sebolehnya tayang bila kandungan dah kukuh / 6 bulan ke atas.. ni awl sangat nk happynyaa… cth macam izara, dh 6 bulan br heboh..