Written by Bella | April 2nd, 2018

Tidak ada sebarang gosip cinta, peminat terkejut apabila aktres berbakat Cristina Suzanne kini telah bergelar seorang isteri.

Cristina berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto pernikahan beliau di akaun Instagramnya dengan kapsyen 310318. Difahamkan, suami beliau yang dikenali sebagai M Faiz Zakaria berasal dari Johor.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Cristina dan mendoakan kebahagiaan beliau dan suami.

Kami di BeautifulNara juga mengucapkah tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke syurga. Macam ini lah bagus, tiada gosip percintaan terus sahaja kahwin. Hehe..