July 3rd, 2017

Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Gagal dua kali pun bukanlah gagal. Kebahagiaan perlu dicari. Dan nampaknya Fiza Halim telah menemui kebahagiaannya selepas selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang duda anak tiga. Setelah penceraiannya dengan Adam, perkahwinannya dengan juruterbang yang dikenali sebagai Jefri ini sudah pasti dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi ketika sambutan Aidilfitri. Takkanlah nak beraya seorang-seorang tanpa suami di sisi kan?

fiza halim kahwin lagi

Walaupun belum mengesahkan berita ini, namun penyatuan 2 hati ini disahkan menerusi instagram milik Jefri iaitu @aljefri87, beberapa keping gambar miliknya dan Fiza sedang bersalaman di hari raya dengan kapsyen @aljefri87: “Raya pertama done with my wifey” menjelaskan lagi hubungan tersebut.

fiza halim kahwin lagi

Alhamdulillah. Semoga perkahwinan kali ini kekal buat selama-lamanya buat Fiza dan juga Jefri. Sama-samalah kita doakan. Amin. Sumber Mstar Online.