February 25th, 2012

Hampir terlupa Abang Nara yang hari ini merupakan hari istimewa kepada penyanyi popular Ana Raffali. Dan kira-kira jam 11.50 pagi tadi, Ana Raffali telah sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah dilakukan di Masjid Al-Hidayah, Gombak dan akad nikah dilakukan oleh ayah Ana Rafali sendiri.

gambar nikah ana rafali

Ana Raffali kelihatan sangat cantik dan manis di dalam baju pernikahan serba kelabu. Wang hantaran yang diterima oleh Ana Raffali ialah sebanyak RM11,412. Pihak lelaki menghantar 7 dulang dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak wanita.

Majlis resepsi perkahwinan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung hari ini jugak. Apa pun Abang Nara ucapkan jutaan tahniah kepada pengantin baru ini. Semoga hubungan anda berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Nanti Abang Nara update lagi gambar majlis pernikahan dan majlis persandingan Ana Rafali dan Ahmad Aznaim untuk tatapan anda. Kredit gambar di atas kepada Twiter Takie Kamil.

January 31st, 2012

Seorang demi seorang gadis-gadis di dunia hiburan Malaysia menamatkan zaman dara mereka. Yang terbaru ialah si gadis yang sentiasa dengan imej baju kurungnya, Ana Rafali. Pasti ada pria yang kecewa, namun Abang Nara bergembira kerana boleh meraikan hari bahagia Ana Rafali tidak lama lagi. Dan pastinya manusia yang paling gembira dengan berita ini ialah Ana Rafali sendiri dan bakal suaminya (merangkap rakan karib) Ahmad Aznaim Abdullah (Naim).

gambar perkahwinan ana rafali

Ana Rafali, 26 tahun bakal bernikah dengan Naim, 30 tahun di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada 25 Februari 2012. Sebelum majlis pernikahan, majlis pertunangan akan dijalankan terlebih dahulu. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas selesainya majlis pernikahan. Apa pun, tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ana Rafali atas berita gembira ini. Semoga segala persiapan perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar.