March 21st, 2018

Perkongsian Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang memuat naik foto mesra bersama pelakon Puteri Aishah dengan kapsyen ingin meluangkan masa bersama mencetuskan tanda tanya tentang status sebenar hubungan mereka berdua.

Kemesraan Puteri Aishah dan SM Faisal jelas menarik perhatian ramai yang mendoakan dan berharap “percintaan” mereka ini dapat ke fasa yang lebih serius.

Walaubagaimanapun, menerusi portal Harian Metro, Puteri Aishah nafi beliau mempunyai hubungan istimewa dengan ahli perniagaan tersebut.

Kami tidak ada hubungan istimewa tetapi saya selesa mengenali dirinya. Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Kami juga jarang berjumpa kerana saya sibuk dengan penggambaran drama manakala Faisal pula selalu bekerja di luar kawasan. Tidak ada apa nak disorokkan. Setiap gambar atau video yang dimuat naik hanya atas dasar kawan. Sebab itulah kami berani memuat naik gambar dan video keluar bersama.

SM Faisal merupakan seorang duda anak tiga. Beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Emilia Hanafi pada tahun 2002 dan sah bercerai sekitar tahun 2016.

Sumber Berita : Harian Metro

July 24th, 2017

Semalam, bekas peserta Dewi Remaja, Puteri Aishah ada memuat naik foto bersama Datuk SM Faisal SM Nasimuddin ketika mereka berdua menjayakan konvoi 70 buah kereta Ferrari ke Pulau Pinang bersempena dengan ulang tahun ke 70 Ferrari di dunia automotif. Malah, Datuk SM Faisal juga ada memuat naik video beliau dan Puteri Aishah yang agak mesra bersama di akaun Instagramnya.

Menjawab persoalan ramai tentang status hubungannya dengan Datuk SM Faisal yang merupakan Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies, Puteri Aishah memberitahu mereka hanya sekadar teman biasa.

Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia.

Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia. Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan.

Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih. Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal.

Datuk SM Faisal sebelum ini pernah dihimpit dengan kontroversi penceraian bersama bekas isterinya, Emilia Hanafi. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum bercerai pada bulan Mac 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Sumber Berita : mStar Online