Written by Bella | July 30th, 2016

Mesti ada yang bayangkan betapa indahnya kalau mereka mempunyai kehidupan yang mewah dan popular seperti Neelofa, namun tidak semua yang kita lihat itu indah belaka. Malah, Neelofa juga tidak henti  dihimpit kontroversi.

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Neelofa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang bahkan sudah menjadi isteri kedua lelaki tersebut berstatus VIP.

Walaubagaimanapun, Neelofa menerusi BiPop Berita Harian telah menafikan dakwaan berkenaan.

Pada masa yang sama beliau akui sudah merasa bosan dikaitkan dengan lelaki VIP itu bertahun-tahun lamanya.

Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya.

Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya. Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Saya sudah lama melupakannya, tetapi mengapa masyarakat di luar sana tidak melakukan perkara yang sama.

Neelofa juga memberitahu meskipun beliau nampak lembut di luar. Jiwa dan semangat beliau seakan seperti seorang lelaki dan beliau akan bertindak mempertahankan diri jika ada yang terus mencetuskan kotroversi dan provokasi.

Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki.

Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan. Tidak perlu sebar cerita terlalu karut ini kerana ia tidak pernah terjadi.

Buat Neelofa setiap berita yang disebarkan adalah fitnah semata-mata dan rekaan mereka yang tidak mempunyai kehidupan sendiri selain dari mencari kesalahan orang lain.

Tuhan ada, biar mereka mendapat balasan setimpal atas fitnah yang dilemparkan. Isu ini sudah bertahun diperkatakan, tetapi kini dibangkitkan semula?

Semakin hari usia saya semakin bertambah. Mana mungkin jalan hidupsaya berputar pada arah yang sama. Saya sudah muak.

Berbicara mengenai beliau yang masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya, Neelofa mengakui beliau bukanlah seorang wanita yang mudah untuk jatuh cinta.

Saya bukan mudah jatuh cinta. Bukan tiada yang datang melamar malah ada lelaki dari Mesir menghubungi pengurus saya untuk buat temujanji kerana ingin melamar saya. Geli hati saya mendengarnya.

Saya juga akui bukan tiada anak orang ternama dan VVIP yang datang bertemu dengan ibu saya.

Malah, ada juga ibu mereka yang cuba mengatur jodoh kami. Tetapi hati saya susah untuk menerima jodoh yang diatur keluarga. Sudah pasti, saya harus memilih jodoh kerana ia membatikan masa depan.

Orang cantik selalu akan menjadi rebutan ramai dan juga membuatkan ramai yang iri hati. Mungkin mereka yang mendakwa Neelofa ada skandal dengan suami orang sebenarnya cemburu dengan beliau. Tidak mustahil bukan? Apa-apa pun, kita tengok sahaja siapa agaknya yang bakal mencuri hati Neelofa ..Hehe..

Sumber Berita : Berita Harian

Written by AbangNara | December 29th, 2013

Memang tak masuk akal sungguh. Abang Nara sendiri terkejut apabila Neelofa dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang VVIP malam kelmarin. Memang khabar angin seperti ini boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Neelofa selaku seorang artis popular. Tambah pelik khabar angin ini disebarkan sebelum terbangnya Neelofa ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran.

neelofa ditangkap khalwat

Menerusi Kosmo hari ini, Neelofa menerangkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehingga ia tersebar. Kata Neelofa:-

Sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu. Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi. Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan.

neelofa ditangkap khalwat

Kasihan Neelofa. Mana tidaknya, khabar angin ini tersebar ketika dirinya di dalam kapal terbang. Pasti Neelofa stress apabila terbaca mengenai perkara ini apabila “landing” di Amerika. Tak apalah Lofa. Tabahkan hati. Pedulikan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Yang penting anda perlu fokus dengan pembelajaran anda.  Jangan biarkan perkara sebegini menganggu konsentrasi anda.

P.S: Di sebalik harga minyak terendah di Venezuela