October 1st, 2020

Khabarnya pasangan selebriti romantik iaitu Siti Sarah dan Shuib telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Menurut sumber, pasangan selebriti itu hadir sekitar tengah hari tadi ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan mengenai kes tersebut. Pun begitu, siasatan masih dijalankan dan penglibatan mereka masih belum dapat dipastikan.

siti sarah dan shuib dipanggil sprm

Difahamkan, selain daripada Siti Sarah dan Shuib, terdapat lagi beberapa individu termasuk selebriti lain yang akan dipanggil melibatkan kes yang sama.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan.”

Malah usaha pihak media cuba untuk menghubungi pasangan popular ini telah menemui kegagalan.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Azam Baki mengesahkan ada pasangan selebriti yang telah menerima panggilan pihaknya tetapi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sumber: Utusan

September 15th, 2020

Jelas kelihatan bahawa Shuib seorang yang romantik apabila lelaki itu mengadakan kejutan untuk isteri tersayang dengan menyambut hari jadi Siti Sarah di sebuah hotel di Subang Jaya kelmarin.

Lebih mengharukan apabila pelawak itu menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya malah Siti Sarah sendiri mengakui bahawa ianya antara hadiah paling mahal pernah diberikan oleh suaminya.

“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.”

shuib hadiahkan jam tangan mewah buat siti sarah

Jelas Siti Sarah lagi, dia hanya pernah membeli tas tangan berjenama sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri selepas bekerja keras.

Sempat berseloroh, katanya dia terpaksa belajar memakai jam tangan bermula daripada hari ini memandangkan ia bukanlah sesuatu kebiasaan baginya.

“Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan.”

Menurut Shuib, dia mempunyai alasan yang kukuh kenapa memilih untuk menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya.

“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.”

shuib hadiahkan jam tangan mewah buat siti sarah

Tambah Shuib lagi, Siti Sarah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam urusan perniagaan kecantikannya. Walhal syarikat mereka hampir gulung tikar pada tahun lalu.

Bukan sahaja Siti Sarah yang dapat habuan, rupanya Shuib yang genap berusia 36 tahun pada Sabtu lalu turut menerima hadiah beg sandang berjenama daripada isteri kesayangan.

Patutlah bahagia sahaja pasangan ini, tak pernah lokek membuatkan masing-masing bahagia.

Sumber: Berita Harian

September 5th, 2020

Kelmarin kecoh di laman media sosial apabila video penyanyi Siti Sarah mempromosikan syampu menerima kecaman ramai dek mengeluarkan bait ayat yang seperti menghina masyarakat orang Asli.

Daripada klip video tersebut, wanita tersebut menceritakan mengenai kebaikan produk berkenaan seperti mampu mengurangkan bau busuk pada rambut namun ia menimbulkan rasa kurang netizen apabila ayat gurauannya seperti menghina komuniti tersebut.

“Jadi, walau bertudung kena datang tempat ini, sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli.”

Disebabkan ayat gurauannya itu yang tidak sensitif, klip itu kini sudah menerima ribuan ciapan selain diiringi komen netizen yang menyelar kata-kata tidak sensitif Siti Sarah itu.

Mungkin digasak oleh orang ramai, pihak Siti Sarah mendedahkan bahawa mereka bakal mengadakan sidang media khas mengenai isu ini. Meskipun masa dan lokasi belum ditetapkan lagi tetapi ia bakal berlangsung pada Isnin akan datang.

“Sekarang, kami masih lagi mencari lokasi yang sesuai untuk memudahkan wakil media hadir bagi membuat liputan sidang media itu.”

Wakil Siti Sarah iaitu Nana daripada Indigital menyatakan bahawa mereka dan Siti Sarah memandang serius mengenai hal ini dan mahu menyelesaikannya secepat mungkin.

siti sarah dikecam hina orang asli

Bahkan dengan mengadakan sidang media tersebut, Siti Sarah dapat memberi penjelasan pada setiap soalan media dan dalam masa yang sama tidak perlu menjawab satu persatu soalan kerana ianya adalah lebih merumitkan.

Sama-sama kita nantikan penjelasan lebih lanjut daripada tuan empunya badan sendiri.

Sumber: Harian Metro

January 2nd, 2018

Umum mengetahui penampilan penyanyi Siti Sarah cukup berbeza sekarang, namun kini ramai yang meragui kecerahan kulitnya gara-gara sebuah foto yang dimuat naik oleh Shuib ketika memberikan hadiah kereta buat ibunya dimana kulit Sarah kelihatan agak gelap didalam foto tersebut.

Sedih dengan segala komen negatif yang dilemparkan oleh netizen termasuk menuduh beliau edit gambar terlalu kerap di Instagram, Siti Sarah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul  tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu Shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yang kutuk Sarah , katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.. ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang,mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya.. itu yang nampak burn.

Secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya .. tapi mungkin ramai yang tak tahu Shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yang die post di ig die.. banyak warna yang die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yang sama.. lagi pun mak Shuib tu putih melepak tu pun nampak macam sun burn.

Secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bandingkan dengan saya yang dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memang ambil produk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL untuk kulit lebih cerah.

Walaupun kami tidak faham apa kaitan Shuib buta warna dengan isu Sarah berkulit gelap, tapi agak tidak elok juga untuk kita mengutuk ataupun mengkritik rupa paras seseorang. Biasalah, ketika ambil gambar kadang-kadang kurang cahaya dan sebagainya, itu perkara biasa yang berlaku bukan? Jadi janganlah terus mengecam Sarah.

Sumber Berita : Media Hiburan