Written by Bella | June 21st, 2019

Lumrah kerjaya sebagai seorang artis, pastinya mereka harus menjaga wajah agar  kelihatan cantik dan menarik.

Namun, buat pelakon Siti Elizad yang sudah berkahwin selama empat tahun,  mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun yang lalu demi mendapatkan zuriat. Menurut Elizad, potensi untuk hamil lebih tinggi sekiranya dia berhenti melakukan suntikan pada wajah.

Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar.

Sudah lama teringin untuk bergelar ibu, Elizad berharap dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Malah, dia juga sudah mula mengambil ubat kesuburan sebagai langkah awal.

Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF.

Kami doakan agar segalanya dipermudahkan buat Elizad dan suami. Jangan pernah putus asa dan terus berusaha, pastinya akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | January 11th, 2019

Berkesempatan mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercinta dan turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat di Tanah Suci, pelakon Siti Elizad berdoa agar dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat satu hari nanti.

Memuat naik foto sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan, kapsyen Elizad yang amat berharap dapat bergelar ibu menyentuh hati netizen.

Rata-rata peminat Elizad di Instagram mendoakan agar hasrat beliau untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan.

Kami juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat Elizad. Apa yang penting jangan mudah putus asa. Percayalah rezeki itu ada, antara cepat atau lambat.

Written by Bella | June 20th, 2017

Pelakon Siti Elizad sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan beliau tidak terlepas dengan soalan mengenai cahaya mata. Elizad akui beliau sebenarnya terasa hati dengan soalan tersebut apatah lagi ada pula pihak yang mendakwa beliau sengaja tidak mahu hamil kerana memetingkan kerjaya seninya.

Siapa yang tidak mahu anak? Seperti wanita lain yang bergelar isteri, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah terpadam. Mungkin rezeki saya dalam dunia seni lebih murah dan kerana itu, Tuhan belum memberi rezeki saya menimang cahaya mata.

Saya yakin dengan aturan Allah. Cuma, kadang-kadang tipulah jika saya tidak sedih dan terguris dengan orang sekeliling yang kerap bertanya soalan yang sama. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana suami dan keluarga amat memahami.

Elizad memberitahu beliau sebenarnya mempunyai ketumbuhan dan harus menjalani pembedahan. Menurut doktor, beliau harus menangguhkan hasratnya untuk mengandung selama setahun.

Walaubagaimanapun, beliau ingin cuba untuk mendapat cahaya mata  dan merencana untuk bertemu dengan pakar kesuburan mendapatkan pandangan.

Harapnya Elizad terus tabah menghadapi dugaan ini, pasti perancangan Allah SWT buat Elizad adalah yang terbaik. Jangan putus asa mencuba dan pedulikan kata-kata negatif.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | February 14th, 2017

Baru-baru ini ada pihak yang pernah bekerja dengan pelakon Siti Elizad cuba untuk memburuk-burukkan nama dan rumah tangga beliau. Agak banyak juga tuduhan yang dilemparkan kepada Elizad.

Walaubagaimanapun, Elizad memberitahu rumah tangganya bersama suami Shamsul Baharin tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka cukup bahagia bersama.

Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat cerita rumah tangga kami bermasalah?

Saya bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mereka yang rapat dengan saya juga tahu suami saya seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi, kepada pihak yang dimaksudkan semoga berhentilah menyebarkan fitnah mengenai rumah tangga saya.

Mengetahui dalang disebalik segala fitnah berkenaan, Elizad berharap pihak tersebut akan berubah satu hari nanti. Malah, Elizad masih tetap tenang dan sabar meskipun dihimpit dengan pelbagai cerita yang mencemarkan namanya.

Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Namun, saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.

Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah.

Kita tidak tahu hati seorang manusia itu bagaimana. Kadang-kadang kalau tidak buat apa pun masih juga ada pihak yang akan merasa tidak puas hati dengan kita. Bersabar la Elizad, mungkin ini salah satu cara untuk Allah SWT menguji anda. Wallahualam..

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Astro Gempak