8 Tahun Kahwin Tak Ada Zuriat, Perut Siti Elizad Diusap Permaisuri Agong – “Saya Baru Balik Haji Ni..”

Hiburan

8 Tahun Kahwin Tak Ada Zuriat, Perut Siti Elizad Diusap Permaisuri Agong – “Saya Baru Balik Haji Ni..”

Seperti yang ramai tahu, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shamsul Baharin sejak tahun 2018.

Walau bagaimanapun, selepas hampir 8 tahun bergelar isteri, Elizad dan suaminya masih belum dikurniakan zuriat.

Advertisement

Terkini, penyampai radio berusia 39 tahun itu berkesempatan untuk bertemu dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di Instagram, Elizad meluahkan rasa terharu apabila Permaisuri Agong yang baru sahaja pulang mengerjakan haji telah mengusap perutnya.

Bukan itu sahaja, Permaisuri Agong turut mendoakan agar pelakon Sehelai Selendang Putih itu dikurniakan cahaya mata.

Elizad, saya baru balik Haji ni (sambil usap perut kita). InsyaAllah ada rezeki nanti ikhtiar lagi.

Dalam pada itu, Elizad mengucapkan terima kasih kepada Permaisuri Agong atas keprihatinan dan doa yang tidak henti-henti untuknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cat farish hutang rm10k bekas isteri
10 months ago

"Bila Cakap Tak Guna Akal, Tindakan Bodoh Pun Berlaku" - Cat Farish Nafi Hutang Bekas Isteri RM10K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...