October 13th, 2017

Kemelut rumahtangga yang melanda Hafiz Hamidun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk pengacara legenda Azwan Ali.

Melalui satu status Instagram, Azwan Ali mempersoalkan tidakan Joy Revfa mengadakan sidang media tentang Hafiz Hamidun.

image

Status itu disambut oleh pengikutnya yang juga menyatakan rasa kesal mereka kerana berita mengenai sidang media itu mengganggu mereka sejak pagi semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

image
image

image

image

image

image

Dalam sidang media semalam, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, mendakwa bersetuju jika diceraikan oleh Hafiz Hamidun yang dinikahi 1 Mei lepas kerana Hafiz tidak mampu memberi nafkah batin.

Terdahulu, Hafiz memfailkan perceraian terhadap Joy di Mahkamah Syariah Subang Bestari dan dokumen saman itu diserahkan kepada peguam syarie yang mewakili Joy semasa sidang media yang dilaksanakan wanita tu semalam. – beautifulnara.com

Sumber: Instagram Azwan Ali

October 12th, 2017

Penyanyi Hafiz Hamidun, 33, yang sebelum ini berkahwin dengan sorang usahawan kosmetik bernama Siti Arifah Amin, 30, atau lebh dikenali di media sosial sebagai Joy Reva, telah memfailkan permohonan cerai terhadap wanita itu hari ini.

Ia difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, hari ini. mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu perceraian secara baik hadir bersama peguam syarie Azmi Mohd Rais kira-kira jam 1 tengah hari.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

BH Online melaporkan, berdasarkan notis permohonan yang difailkan, antara alasan perceraian yang dikemukakan ialah, tiada lagi persefahaman antaranya dengan Joy Revfa  dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Mendakwa isterinya itu sentiasa mengaibkan beliau di laman sosial, enggan menerima nasihat yang diberikan malah ingkar dengan suruhan Hafiz sebagai seorang suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya, Hafiz memberitahu saman berhubung permohonan itu akan diserahkan kepada Joy Revfa pada sidang media yang diadakan petang ini di Shah Alam.

Sebelum ini Joy Revfa pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Hafiz berkata bahawa beliau memfailkan cerai selepas prosiding kes pengesahan cerai antara Joy Revfa dengan bekas suaminya disahkan mahkamah.

Banyak isu tergantung dalam perkahwinannya bersama bekas suami. Pihaknya (Joy Revfa) mendapat hikmah daripada keputusan mahkamah itu dan banyak perkara dapat diselesaikan.

Keadaan itu sebelum ini memberi impak kepada hubungan kami dan saya rasa tidak perlu meneruskan lagi hubungan ini.

Joy Revfa juga dikatakan menyusahkan dirinya selepas pernikahan kerana gagal mengemukakan sijil cerai bersama bekas suaminya sehingga menyebabkan status perceraian mereka hanya diselesaikan Selasa lalu.

Dia menambah yang dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Joy Revfa masih mengeluarkan kenyataan negatif mengenainya kepada umum.

Sebenarnya saya tidak berminat langsung dengan apa yang dia luahkan dalam media sosial. Saya tidak mahu layan apa yang dia cakap kerana kenyataannya tidak berasas dan ia lebih kepada emosi.

Perdengaran permohonan itu ditetapkan pada 25 Nocember ini – via BH Online

August 25th, 2017

Kisah perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa masih hangat diperkatakan di media sosial. Dan ramai mungkin tidak pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan menjadi rumit dalam kes tersebut.

Mungkin juga ramai yang merasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk seseorang berkahwin adalah merumitkan, tetapi percayalah ia sebenarnya dibuat untuk memudahkan. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr. Noraini Md Hashim, merasakan masalah yang timbul ialah terutamanya disebabkan kegagalan Siti Arifah dan bekas suaminya Ray Imran atau Mohd Rayos Abdul Rahman untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia setelah melangsungkan perkahwinan di Songkhla, Thailand.

Ikuti pendapat beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya:

Khas bagi mereka yang kurang jelas tentang kes Hafiz Hamidun dan Joy @ Siti Arifah Mohd Amin

Kes Hafiz Hamidun dan Siti Arifah, patut membuka mata masyarakat tentang kepentingan PENDAFTARAN perkahwinan dan perceraian bila ia berlaku. Benar, tiada ayat quran atau hadith jelas menyatakan wajib atau sunat mendaftar sesebuah perkahwinan namun demi maslahah terutama menjaga kebajikan terutama wanita dan anak-anak, maka pendaftaran diwajibkan di bawah Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Telah timbul kekalutan di awal-awal kes ini bila perkahwinan terdahulu Joy adalah tanpa keizinan mahkamah syariah iaitu di Songhkla bersama bekas suami terdahulu, Datuk Ray @ Mohd Rayos. Sekurang-kurangnya, bila telah kembali semula ke Malaysia, dia sepatutnya mendaftarkan perkahwinan tersebut, yang mana akan memudahkan urusan pernikahan itu supaya akan ada pembuktian perkahwinan secara hitam putih (didokumentasikan).

Masalahnya, pendaftaran perkahwinan tidak dibuat. Bila telah timbul masalah rumahtangga sebagai contoh didera, atau tidak diberi nafkah atau tidak ada keserasian dan lain-lain, sememangnya akan timbul kesusahan dan masalah di mana mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.


Dalam kes ini, Joy menyatakan dia telah berpisah (separated dan bukan bercerai) dengan bekas suami lebih kurang dua tahun dan kemudian ingin berkahwin dengan HAFIZ HAMIDUN. Kemudian selepas berkahwin dengan HAFIZ HAMIDUN, baru memohon taaliq. Taaliq pula akan sempurna bila Mahkamah Syariah mengesahkannya.

Setelah itu barulah Joy boleh menyempurnakan Iddah. Di peringkat inilah timbul masalah utama di mana antara maklumat untuk berkahwin yang perlu dinyatakan adalah status perkahwinan!

Dan rentetan dari situ, macam-macam masalah dan andaian timbul. Secara ringkasnya:

Perkahwinan di Malaysia mesti mematuhi dua (2) syarat:
i. Di bawah hukum syarak – wajib atau perkahwinan menjadi tidak sah.
ii. Di bawah peruntukan Akta Wilayah Persekutuan atau Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri – kegagalan memenuhi peruntukan menyebabkan perkahwinan atau perceraian atau rujuk tidak akan DIDAFTAR dan akan dikenakan penalti-penalti tertentu.

Yang paling penting, perkahwinan hendaklah DIDAFTAR untuk membolehkan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, memerintah dan membantu pihak-pihak terlibat terutamanya wanita dan anak-anak.

Antara isu-isu dalam kes HAFIZ HAMIDUN dan SAMA:

1. Perkahwinan diakad di luar malaysia tanpa keizinan dan tidak DIDAFTAR
2. Taaliq oleh suami dalam bentuk taaliq (tersurat) iaitu secara WhatsApp (bertulis) yang memerlukan niat untuk membuktikan kesahihannya. Taaliq tidak akan berlaku sehingga Mahkamah Syariah mengesahkannya.
3. Adakah perceraian terdahulu telah DIDAFTAR.
4. Sekiranya dia seorang janda, perlu mengemukan satu surat perakuan cerai yg sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa ketika itu.
5. Due deligence oleh pejabat agama iaitu langkah-langkah sepatutnya (reasonable steps) diambil bagi memastikan tidak ada pihak yang akan terjejas

Kesimpulannya:
1. Jangan kahwin tergesa-gesa.
2. Pastikan syarat-syarat nikah mengikut hukum Syara’ dipenuhi juga mengikut undang-undang yang sedia termaktub.
3. Perceraian juga sama juga seperti di atas.
4. Yang tidak ada ilmu, jangan tokok tambah dan menjadi hakim tanpa tauliah
5. Jangan jadikan media untuk mengaibkan pasangan masing-masing

Lagi satu, apa yang agak menggangu fikiran saya mengapa Pejabat Agama memberi kebenaran bernikah memandangkan:

1) Sijil cerainya tidak dikemukakan
2) Statusnya ‘tidak berkahwin’
3) Gambar-gambar perkahwinan bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun

Wallahu a’lam. Ini adalah pandangan peribadi dan akademik.

Noraini Md Hashim, Asst Prof. Dr
Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam dan
Undang-undang Keluarga Sivil
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Noraini turut menyertakan salinan mukasurat berkenaan undang-undang yang terlibat:

image

image

image

image

imageimage

Rasanya, apa yang berlaku pada perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa adalah rantaian peristiwa yang akhirnya membawa kepada keputusan sekarang ini. Sesuatu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan tertutup kini menjadi sulit dan terdedah kepada persepsi orang ramai.

Bersama kita doakan agar sesuatu yang terbaik akan menanti mereka berdua setelah selesai semuanya nanti. – beautifulnara.com

Sumber: Noraini Md Hashim

August 22nd, 2017

Penyanyi dan personaliti media sosial Hafiz Hamidun telah melaksanakan satu sidang media yang disiarkan secara langsung di akaun Instagramnya yang berlangsung jam 3.00 petang tadi.

Antara intipati dari kenyataan media Hafiz ialah:

1) Siti Arifah Mohd Amin telah bernikah dengan Mohd Rayos Abdul Rahim di Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013. Pernikahan tersebut disahkan oleh Mohd Nasir Awang, Konsul di Konsulat Malaysia, Songkhla. Bagaimanapun perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia, sebagaimana pengakuan Siti Arifah sendiri.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

2) Siti Arifah mengatakan kepada Hafiz bahawa dia telah bercerai melalui pesanan WhatsApp yang dikirimkan oleh Mohd Rayos. Siti Arifah memberitahu berkali-kali kepada Hafiz bahawa perceraian mereka tidak mempunyai dokumen dan Mohd Rayos tidak mahu menyelesaikan urusan perceraian.

3) Siti Arifah tahu ia akan menimbulkan masalah padanya pada masa akan datang dan untuk sepanjang masa, dia mengetahui tiada bukti surat perceraian dengan Mohd Rayos sehinggalah tarikh pernikahan Hafiz dengannya. Untuk sepanjang masa, Hafiz telah mengambil langkah mengarahkan Siti Arifah menyelesaikan hal surat perakuan cerai dengan bekas suaminya, namun Siti Arifah tidak menyelesaikannya sehinggalah beberapa hari sebelum tarikh pernikahan.

4) Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan pihak Siti Arifah bahawa perceraian dengan suami sebelum ini telah berlaku. Pernikahan Hafiz dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji dari Siti Arifah bahawa dia akan menyerahkan surat perakuan cerai dengan suami terdahulu selepas majlis akad nikah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna Hafiz mengambil mudah hal ini, lantas ia menimbulkan keraguan tentang status perkahwinan Hafiz dengan Siti Arifah. Setiap kali Hafiz meminta surat perakuan cerai, Siti Arifah sentiasa memberi alasan.

5) Oleh kerana gagal mendapat surat cerai beserta dari keraguan yang timbul, Hafiz dan Siti Arifah telah ke Songkhla bersama-sama bagi menyelesaikan urusan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suaminya di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

6) Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suami diterima dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

7) Pada 8 Ogos 2017 Hafiz dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat pengesahan taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama pegawai agama daerah. Hasil siasatan mendapati Siti Arifah masih dalam ikatan perkahwinan dari suami terdahulu ketika pernikahan mereka berdua berlangsung pada 1 Mei 2017.

8) Laporan pernikahan sepanjang dua muka surat dipanjangkan ke Mahkamah Syariah Petaling untuk diFaraqkan yakni dibubarkan disebabkan pernikahan tidak sah kerana Siti Arifah masih isteri orang.

9) Hasil persetujuan bersama, Hafiz sepatutnya memfailkan Faraq bukannya Siti Arifah dan Hafiz sedia mengambil tanggungjawab tersebut. Keluarga Siti Arifah yang hadir ke mahkamah pada 8 Ogos tersebut turut bersetuju bahawa proses pemfailan Faraq itu perlu dijalankan secara tertutup.

10) Hafiz mengesahkan bahawa pada pagi Isnin, 21 Ogos 2017, dia telah menyerahkan permohonan Faraq pernikahannya dengan Siti Arifah di Mahkamah Daerah Petaling. Namun permohonan tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah membuat permohonan yang sama pada hari Jumaat, 18 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Shah Alam.

11) Lanjutan pemfailan permohonan Faraq itu, Hafiz pada 22 Ogos 2017 telah melantik Peguam Syarie Tuan Haji Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais dari Firma Guaman Zulkifli Yong Azmi & Co bagi mewakili pihaknya berhubung tuntutan Faraq nikah yang telah difailkan Siti Arifah.

12) Tiada sebarang keperluan bagi Hafiz untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada kepentingan awam dan ada fakta yang telah disembunyikan dan dikelirukan.

13) Hafiz mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan kebenaran terbela. Dia juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi menghormati kredibiliti dan kearifan pihak mahkamah.

Melalui satu kenyataan menjawab persoalan pemberita, Hafiz menafikan bahawa dia  pernah melakukan hubungan suami isteri dengan Siti Arifah, dan ini bercanggah dengan kenyataan Joy Revfa sebelum ini bahawa dia ditinggalkan oleh Hafiz setelah tinggal sebumbung selama enam hari (pada 23 Mei) dan setelah mereka berdua melakukan hubungan suami isteri.

Diharap penerangan Hafiz telah memberi gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku selepas pernikahannya dengan Siti Arifah Amin. –beautifulnara.com