June 26th, 2012

Abang Nara tak tahu sama ada Mawi masih relevan kepada anda atau tidak. Namun bagi Abang Nara, Mawi tetap dekat di hati kecil ini. Abang Nara teringat ketika zaman AF. Satu family menyokong Mawi. Memang ketika itu gelombang Tsumawi sangat hebat. Dan kini, Mawi sudah pun memiliki akaun Twitter untuk memudahkan peminat mengetahui perkembangannya.

twitter mawi

Untuk peminat Mawi, silalah follow Twitternya di @CahayaAsmawi. Diharap Mawi akan selalu berkongsi gambar anaknya, Cahaya Malaika untuk tatapan para peminat. Kepada Mawi, welcome to the Twitterjaya.

Advertisement
March 26th, 2012

Ada berita yang kurang gembira untuk kita semua selepas kekenyangan makan tengah hari. Rumah Mawi di Bangi telah dimasuki perompak kira-kira jam 4 pagi tadi dan kerugian hampir RM10,000 dilaporkan. Yang penting, Mawi dan keluarga berada di dalam keadaan selamat.

mawi dirompak

Mengikut info yang ditonton menerusi TV3 sebentar tadi, Mawi khabarnya telah diikat oleh perompak. Mawi baru sahaja pulang daripada jelajah ABPBH di Johor Bahru sekitar jam 2 pagi sebelum rumahnya dimasuki perompak 2 jam selepas itu. Ketika kejadian, Mawi, ibu mertuanya, Ekin dan anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah.

Marilah sama-sama kita doakan agar Mawi dan keluarga bersabar atas dugaan ini. Semoga kesihatan Mawi dan keluarga tidak terjejas atas kejadian ini. Amin.

Advertisement
December 13th, 2010

gosip mawi kawin lagi

Nama Mawi makin hari makin tenggelam. Mungkin zaman kegemilangan Mawi sudah tamat. Kami pun rasanya dah lama tak dengar cerita Mawi. Tup-tup baru-baru ini terdengar khabar angin yang Mawi sudah berkahwin seorang lagi. Katanya gadis itu berasal dari Temerloh, Pahang.

Dari sumber yang sah tidak betul ini, katanya Ekin sendiri yang merelakan perkahwinan ini atas sebab-sebab tertentu. Ada suara-suara sumbang yang menyatakan Mawi teringin sangat bergelar seorang ayah lalu Ekin pun membenarkan perkahwinan itu. Dan ternyata kesemua khabar angin ini palsu belaka kerana Mawi telah menafikan gosip ini di Kosmo baru-baru ini. Kata Mawi:-

[note]Saya setia kepada Ekin seorang! Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini. Semua ini di luar kawalan saya. [/note]

Harap-harap Ekin tak mudah percaya dengan gosip sebegini. Kang tak pasal-pasal gaduh 3 hari 3 malam. Harap Mawi dan Ekin bersabar dengan dugaan yang mendatang ini. Biasalah hidup seorang artis. Kalau tak ada gosip-gosip manja macam ini memang bukan artislah jawapannya. Tak gitu?

P.S: Seni orang sangap.

Advertisement