Written by Bella | April 30th, 2016

Kehadiran Ayda Jebat didalam industri hiburan tempatan ada juga mengundang rasa tidak puas hati ramai meskipun beliau boleh dikatakan agak popular. Ayda sedar ada sesetengah pihak yang membenci dirinya.

Namun, Ayda akui beliau tidak kisah jika mereka bersikap begitu kerana walaupun personaliti beliau tidak digemari namun mereka menyukai lagu beliau.

Bagi saya, ia perkembangan yang baik. Tidak kisah jika ada yang membenci saya kerana apa yang lebih penting, lagu saya menarik perhatian mereka. Saya percaya selepas lagu ini mencuri hati mereka, perlahan-lahan peminat akan cuba mengenali dan mendekati diri saya yang sebenar.

Ayda sebenarnya tidak sangka bahawa haters beliau tiba-tiba meminati lagu Pencuri Hati yang beliau nyanyikan untuk menjadi lagu tema drama Isteri vs Tunang.

Saya tidak menyangka, mereka yang selama ini membenci tiba-tiba mula meminati apabila Pencuri Hati menjadi lagu tema drama rantaian, Isteri vs Tunang lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid. Lebih membuatkan saya terharu, lagu ini juga menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah.

Ramai yang menjadikan Pencuri Hati sebagai lagu pilihan ketika melakukan aktiviti mengeluarkan peluh seperti zumba, senamrobik dan di gimnasium. Susunan muzik lagu ini yang ceria membangkitkan mood dan semangat kepada pendengar setiap kali beriadah.

Nampaknya dalam benci masih ada lagi yang boleh menerima lagu nyanyian Ayda. Tidak dinafikan lagu Pencuri Hati agak popular juga dikalangan remaja dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | February 10th, 2016

Siapa sangka pelajar yang dianggap lemah sewaktu menyertai Akademi Fantasia 9 iaitu Ayda Jebat kini boleh jadi satu nama yang agak popular kini.

Mula terkenal menerusi drama Rindu Awak 200% Ayda kini melangkah setapak lagi dalam dunia lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon didalam filem arahan pengarah terkenal Osman Ali.

Menariknya, Ayda juga diberikan kebebasan oleh Osman Ali untuk memilih dua orang pelakon pembantu yang bakal bergandingan didalam filem tersebut bertajuk Pinjamkan Hatiku.

Filem pertama tetapi Ayda seakan sudah dimanjakan bukan? Tentu ada yang fikir selepas ini makin diva la Ayda. Namun, Ayda menafikan dakwaan itu.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa saya sudah besar kepala sehingga boleh memilih pelakon lelaki yang sesuai.

Sejujurnya, saya memerlukan gandingan yang lebih senior kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam lakonan filem.

Pada masa yang sama, Ayda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat beliau yang sentiasa setia menyokong beliau. Buat Ayda, tanpa peminat beliau tidak mungkin akan berada di tahap seperti sekarang.

Malah, Ayda juga ada menyelitkan nama kelab peminatnya, Ayda Jebat  Screamers didalam single terbarunya Pencuri Hati.

Tanpa mereka, saya tiada tempat di sini. Sebab itu, sebagai tanda terima kasih, salah satu cara saya menghargai peminat adalah dengan meletakkan akronim AJS dalam lagu Pencuri Hati

Osman Ali memberikan peluang kepada Ayda untuk memilih pelakon mungkin kerana ingin beliau merasa lebih selesa dalam filem pertamanya. Keserasian juga antara faktor penting dalam kejayaan sesebuah filem selain bakat yang cukup mantap dalam lakonan.

Sumber Berita: Kosmo

Written by Bella | September 15th, 2015

Gedik, mengada-ngada dan sahaja menarik perhatian sudah cukup sinonim dengan aktres yang sedang meningkat namanya iaitu Ayda Jebat. Boleh kata bilangan hatersnya memang cukup banyak di luar sana.

Enggan lagi terus dilabelkan sebegitu, Ayda telah meluahkan perasaan beliau kepada semua pengkritiknya di luar sana menerusi single terbaru beliau Siapa Diriku. Malah, beliau turut berpesan kepada mereka untuk tidak mengeluarkan komen yang melampau di laman sosial.

Lagu ini bukan sekadar untuk fun, tetapi mengandungi mesej penting buat semua haters. Saya turut beri idea dari segi penghasilan lirik berdasarkan kekecohan yang sering ditimbulkan oleh haters di laman sosial.

Semua haters patut dengar lagu ini, agar mereka mengerti perasaan semua selebriti yang mereka hentam dan kecam. Bagi saya, ini juga adalah lagu tentang pengajaran supaya kita tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan bahasa kesat di laman sosial.

Buat haters, janganlah tuding jari menuduh saya seorang yang gedik dan mengada-ada. Kalau mahu beri nasihat, ada cara yang lebih baik daripada memuat naik tulisan negatif.

Ok kami pun tidak mahu komen lebih, memang ada je wujud mereka yang suka mencari kesalahan orang lain. Apa-apa pun jom saksikan MV Siapa Diriku daripada Ayda Jebat. Apa pendapat anda?

Sumber Berita: Mangga Online

Sumber Video: YouTube Ayda Jebat