Written by AbangNara | October 10th, 2010

gambar perkahwinan angkasawan negara

Hari ini merupakan tarikh keramat bagi beribu-ribu pasangan di Malaysia. 10.10.10. Rasanya ramai sungguh pasangan yang bakal bergelar pengantin pada hari ini. Paling gah sudah semestinya perkahwinan angkasawan negara kita, Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina. Rasanya wedding mereka berdua bakal menjadi wedding of the year.

Untuk makluman, Aqasha jugak bakal bergelar seorang suami hari ini. Kami dulu pernah berkongsi gambar pertunangan Aqasha suatu ketika dahulu. Nanti kalau ada gambar perkahwinan /pernikahan / persandingan Aqasha akan kami kongsikan di sini.

Buat semua yang menempuh hari bahagia anda hari ini, kami doakan agar semuanya berjalan lancar. Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang. All the best untuk semua.

Update 1: Tahniah. Sekali lafaz je dah setel nikah. Mereka berdua kini dah sah menjadi suami isteri.

Update 2: Baru lepas tengok Nona. Cantik sungguh Dr. Halina. Hensem sungguh Sheikh Muszaphar. Make up pun cantik. Simple je. Pelamin dia memang superb.

Update 3: Nah 2 gambar baju nikah Sheikh Muszaphar ngan Dr. Halina. Kredit Twitter Teadan.

gambar nikah sheikh muzaffar dr halina

gambar nikah sheikh muzaffar dr halina

Update 4: Nah lagi gambar sekitar pernikahan Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina. Kredit Mstar.
gambar kahwin sheikh muszaphar

gambar kahwin sheikh muszaphar

gambar kahwin sheikh muszaphar

P.S: Nantikan update dari kami untuk gambar-gambar dan video-video perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina.

Written by AbangNara | October 7th, 2010

kad kahwin sheikh muzaffar

Gile hensem kad kahwin Sheikh Muzaffar, angkasawan negara dan Dr Halina. Kami rasa kalau letak muka kami kat situ confirm tak ada value terus kad kahwin tue. Kehensemanmu terserlah jua wahai angkasawan negara.

kad kahwin sheikh muzaffar

Tak sabar nak tunggu Ahad nie. Walaupun tak dijemput rasanya ada live kat TV kot untuk majlis perkahwinan diorang. Mesti super duper grand punya.

Update: Korang nie pasal isu kad kahwin pun nak gaduh-gaduh dalam komen ker? Tak paham betul. Orang tue nak kahwin doakan jerlah diorang. Pening kepala pakcik ~~

Written by AbangNara | January 20th, 2010

gambar kawin angkasawan negara

Memang hebat angkasawan negara kita nie. Dahlah tarikh perkahwinan 10/10/2010, konsep perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina bakal berkonsepkan Istana Kayangan. Memang gila-gila punya grand nie. Kompem ramai yang bakal ternganga dengan kehebatan majlis tue nanti.

Ini ialah kata-kata Bill Bora, perancangan perkahwinan bakal mempelai nie:-

[note]Konsep perkahwinan tradisional dicampur dengan elemen angkasa lepas memberi ilham kepada saya untuk memilih konsep Istana Kayangan.

“Memandangkan tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

“Konsep tradisional dan elemen dongeng Melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri. [/note]

Selalu kami dengar konsep garden wedding, lake wedding jer, nie adalah konsep perkahwinan terbaru dan terpaling gah pernah kami dengar. Istana Kayangan tue beb. Kami rasa bakal ada bidadari-bidadari yang turun dari langit nanti. Ketua bidadarinya sudah tentu Dr. Halina. Terbang menuju ke Sheikh Muszaphar dengan penuh keayuan. Kelas gitu ~~

Semoga semua perancangan bakal berjalan dengan lancar. Bahaya jugak kalau dah war-warkan kehebatan majlis nie awal-awal. Takut kenyataannya lebih rendah dari expectation. Harap-harap biarlah semuanya seperti yang diimpikan. Kawin pun sekali je seumur hidup. Bila lagi nak wat grand-grandkan? Tak gitu?