January 28th, 2020

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dia tak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Noor Nabila. Sebagai seorang suami dan bapa, Sharnaaz sudah cuba yang terbaik untuk mempertahankan perkahwinannya.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah. Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama.

Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila. Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut.

sharnaaz ahmad noor nabila

Sharnaaz mendedahkan, kemelut rumah tangga mereka bukanlah berpunca daripada  kesalahan besar tetapi keadaan menjadi tegang apabila satu masalah serta kesalahan diungkit berkali-kali.

Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

sharnaaz ahmad cerai

Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil.

Terdahulu, Nabila dalam satu kenyataan berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Ibarat digantung tidak bertali, Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan sebolehnya mahu proses perceraian mereka selesai dengan cepat.

Sumber Berita : Astro Gempak

January 24th, 2020

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan meluahkan rasa kesal apabila aktor itu seakan melengah-lengahkan proses perceraian mereka.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Ramai yang tanya mengapa dia berbuat demkian, adakah kerana masih sayang atau hendak menyeksa perasaan isterinya itu? Ada segelintir netizen yang menuduh Sharnaaz dayus.

Tampil membuka mulut mengenai dakwaan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu, Sharnaaz berkata apa yang dilaluinya sangat rumit. Apa yang dilakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

sharnaaz ahmad noor nabila

Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.

noor nabila sharnaaz ahmad

Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati.

Menurut Sharnaaz, sejak berlakunya krisis rumah tangganya dia tidak pernah cuba menegakkan benang basah. Satu hari nanti, pasti orang luar akan tahu apa sebenarnya terjadi.

nabila tak sekat sharnaaz jumpa jebat

Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah. Saya yang lalai.

Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya. Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak.

Terdahulu, Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 21st, 2020

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam perbicaraan terbaru kes mereka, Nabila berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

sharnaaz terkilan noor nabila

Susulan kenyataan tersebut, Sharnaaz menyifatkan tindakan Nabila itu adalah salah dan kurang manis. Kenapa perlu mengaibkan suami dan menjaja masalah rumah tangga kepada umum.

Meskipun pelbagai spekulasi timbul dan ada juga pihak yang mengkritiknya, Sharnaaz bagaimanapun tidak akan menghina isterinya di media sosial demi anak mereka, Jebat Jayden Ahmad.

sharnaaz ahmad cerai sharnaaz ahmad nabila buka aib

Enggan membicarakan soal rumah tangganya dan biarkan Allah SWT dan orang terdekat sahaja yang tahu.

Terdahulu, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan oleh suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Kata Nabila, dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses perceraian boleh selesai dengan cepat.

January 17th, 2020

Meskipun rumah tangganya bersama Sharnaaz Ahmad sedang bergolak dan proses perceraian masih belum ada kesudahannya lagi, Noor Nabila berkata dia tidak pernah menyekat mahupun menghalang suaminya itu bertemu dengan anak mereka, Jebat Jayden seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak.

noor nabila tawar hati

Mahu Jebat mendapat perhatian dan rasa disayangi oleh kedua ibu bapanya , Nabila berharap dia dan Sharnaaz dapat terus membesarkan cahaya mata mereka bersama meskipun tidak lagi menjadi suami isteri.

Saya tidak pernah halang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami. Walaupun banyak yang memfitnah cakap saya tidak bagi jumpa anak.

sharnaaz ahmad noor nabila

Malah, saya tidak pernah ada niat untuk pisahkan mereka. InsyaAllah, saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami.

Tambah Nabila lagi, dia tidak pernah sekali pun mengetepikan Sharnaaz dalam apa sahaja hal berkaitan anak mereka. Masih menghormati pelakon itu sebagai bapa kepada anaknya.

nabila tak sekat sharnaaz jumpa jebat

Sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat.

Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu.

Terdahulu, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan oleh suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Kata Nabila, dia sudah tawar hati dan sepatutnya proses perceraian boleh selesai dengan cepat.

Sumber Berita : mStar Online