Written by Bella | May 4th, 2016

Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dan suaminya Datuk Seri Mohammad Hizal Othman telah sah bercerai pada 20 April lepas. Hizal melafazkan cerai terhadap Sharifah Khasif di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur selepas mereka berdua gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina pada tahun 2012.

Berita ini disahkan sendiri oleh Hizal menerusi ruangan Pancaindera di akhbar Utusan Online hujung minggu lepas.

Ya, kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini. Ini jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya.

Walaubagaimanapun, Hizal menafikan beliau membuat keputusan tersebut mengikut emosinya. Jelas Hizal, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga beliau bersama isteri keduanya itu dan cuba mewujudkan hubungan harmoni antara Sharifah Khasif dan isteri pertama beliau, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof.

Hizal akui beliau terlalu kecewa kerana sudah gagal untuk mempertahankan perkahwinan beliau bersama Sharifah Khasif dan membuat kedua-dua isterinya mempunyai hubungan yang baik.

Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari saya masih mengharapkan keajaiban berlaku tapi malang sekali nampaknya itu tidak berlaku. Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik.

Sharifah Khasif ketika dihubungi media pula berkata, beliau tidak pernah mempunyai hasrat untuk merahsiakan perkara ini kepada umum tetapi masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung status perkahwinannya itu. Namun, beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap jodoh beliau dan Hizal sampai disini sahaja.

Saya tidak bertujuan untuk merahsiakan perkara tersebut tetapi saya dalam keadaan belum bersedia. Kami tiada persefahaman dan jodoh kami tidak panjang. Saya terima takdir Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Bertabahlah Sharifah Khasif, sesungguhnya hidup bermadu itu bukannya mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga. Jangan terus bersedih, anggap ini sebagai dugaan untuk anda menjadi seorang insan yang lebih kuat.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by AbangNara | September 24th, 2012

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif dan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Walaupun ada ura-ura pasangan pengantin baru ini bernikah secara sembunyi, Ustazah Sharifah Khasif tampil di Harian Metro baru-baru ini untuk menafikan perkara tersebut.

gambar kahwin ustazah sharifah khasif

Untuk anda yang tidak mengenali Ustazah Sharifah Khasif, beliau mula dikenali selepas selepas muncul naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga di TV9 dan juga juara pertandingan musabaqah peringkat Kebangsaan. Ustazah Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara.

sharifah khasif

Berikut ialah email panjang lebar yang telah ditulis oleh Ustazah Sharifah Khasif sendiri kepada Harian Metro mengenai perkahwinannya:-

Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.

Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.

Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.
Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Apa pun jutaan tahniah kepada Ustazah Sharifah Khasif dan Datuk Seri Mohammad Hizal Othman atas perkahwinan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan bahagia dengan anak-anak yang soleh dan solehah. 4 lagi gambar Ustazah Sharifah Khasif dengan membaca entri ini sepenuhnya.