Written by Bella | February 8th, 2016

Bulan Mac depan, pelawak Shahrol Shiro bakal menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Nor Farhanah Syamimi.

Majlis akad nikah akan diadakan pada 18 Mac dan diikuti majlis persandingan di pihak perempuan pada 19 Mac. Walaubagaimanapun, Shahrol masih belum mengumumkan tarikh bagi majlis resepsi di pihak lelaki.

Seperti pasangan yang lain, Shahrol dan Farhanah juga telah mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan mereka.  Sesi tersebut telah diadakan di restoran milik Dato Fazley iaitu Suka Sucre Bistro.

Berikut beberapa lagi foto pra perkahwinan Shahrol dan Farhanah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram nabil_nadir

 
Written by Bella | February 5th, 2016

Pernah memberitahu bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, Shahrol Shiro mengumumkan beliau bakal bernikah pada 18 Mac ini bersama kekasihnya Nor Farhanan Syamimi. Malah, Shahrol juga sudah mendedahkan wajah bakal isterinya itu kepada umum.

Shahrol dan Nor Farhanan yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor akan bernikah dii Dewan Kampus Intan Wilayah.

Pasangan ini merencana untuk mengadakan majlis resepsi pihak perempuan sehari selepas mereka bernikah iaitu pada 19 Mac depan. Majlis di pihak lelaki pula akan diumumkan sendiri oleh Shahrol sekitar bulan Julai nanti.

Buat masa ini Shahrol dan Nor Farhanan sedang sibuk menguruskan segala persiapan bagi majlis raja sehari mereka. Mereka juga akan menjalani kursus kahwin yang akan diadakan esok.

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol dan Nor Farhanan semoga segala perancangan bagi majlis perkahwinan anda berdua berjalan lancar.

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by Bella | December 17th, 2015

Pelawak terkenal Shahrol Shiro memberitahu beliau bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun hadapan tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.  Walaubagaimanapun buat masa ini beliau belum bersedia untuk memperkenalkan wanita yang telah berjaya mencuri hatinya itu kepada umum.

Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum.

Jelas Shahrol, beliau mengambil masa yang agak lama untuk berkahwin semula kerana masih trauma dengan kegagalan rumah tangga beliau sebelum ini.

Shahrol sedar bukan senang untuk memikul tanggungjawab serta menjalani kehidupan berumah tangga. Namun, beliau berharap kali ini perkahwinan beliau akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi. Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat.

Untuk pengetahun anda Shahrol Shiro telah pun bercerai kira-kira lapan tahun lalu. Hasil perkahwinan bersama bekas isterinya beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan pasangan. Seperti yang Shahrol harapkan kami juga mendoakan agar jodoh anda kali ini berkekalan sehingga ke jannah. InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online