July 16th, 2020

Menjelaskan mengenai status perhubungan bersama juara program Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi, primadona Erra Fazira tidak menafikan dia masih berhubung dengan penyanyi itu.

Namun, Erra menjelaskan bahawa dia dan Shahir hanya berkawan baik dan sering beriadah bersama seperti bermain badminton dan sebagainya.

Dia yang menjelaskan mengenai status hubungan dengan Shahir kepada Media Hiburan sempat ditanyakan mengenai perihal jodoh dan perkahwinan dalam hidupnya. Ibu tunggal beranak satu ini memberitahu masih lagi terbuka untuk sekali lagi melayari bahtera perkahwinan.

View this post on Instagram

Terima kasih @rizmanruzaini .. tidak pernah menghampakan.. Creation yg sentiasa WIOW.. . @makeupbydeqsha . Pics by @blackpepperproduction . . @Konsertromantikaawie

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Kalau ada seru untuk saya ‘settle down’ (berkahwin) saya mahu. Cuma atas apa yang berlaku dulu, buatkan saya lebih berhati-hati. Seterusnya mejadikan proses ke arah itu agak lambat,”

Ternyata, pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk memilih calon suami. Memikirkan mengenai umurnya yang kini semakin meningkat, dia berkata jika ada jodoh ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat dirinya.

“Saya sentiasa berdoa berharap dipertemukan jodoh yang terbaik, maknanya saya berhasrat untuk berjodoh lagi. Sebab pada hujungnya pun, anak makin besar dan usia kita juga meningkat. Jadi sudah pasti kita inginkan teman sehidup semati,”

 Perkembangan terbaru, Erra kini semakin sibuk bergelar duta kepada produk penjagaan rambut berjenama Faith Fleur. Produk yang terdiri daripada syampu, pelembap, serum, pewangi dan tonik rambut itu dicipta khas untuk kegunaan seisi rumah dan sesuai digunakan lelaki dan wanita serta kanak-kanak berusia enam bulan ke atas.

Hos program rancangan temubual Mingguan Wanita ini turut mengakui sudah mencuba sendiri produk berkenaan selama beberapa bulan sebelum bersetuju untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta untuk Faith Fleur.

June 15th, 2017

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Shahir lebih terbuka untuk membicarakan tentang hubungan beliau bersama Erra Fazira. Shahir juga sudah menyatakan beliau kalau boleh tidak mahu melengahkan lagi perancangan untuk berkahwin dengan Erra.

Semalam, Shahir ada memuat naik foto beliau dan Erra dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama. Mereka beruda hadir ke majlis berkenaan berpakaian warna hijau sedondon.

Foto mereka berdua yang kelihatan malu-malu bersama mencuri perhatian netizen. Boleh tahan juga lah pasangan ini kena usik.

Kami juga ingin mendoakan kebahagiaan Shahir dan Erra agar bertemu jodoh bersama. Kalau sudah serasi tidak salah untuk melangkah ke fasa seterusnya. Perbezaan umur juga bukanlah satu masalah untuk bahagia bersama.

June 11th, 2017

Penyanyi, Shahir AF8 mengakui beliau sudah bertemu dengan keluarga Erra Fazira. Enggan mendedahkan status hubungan yang terjalin kerana menganggap ia terlalu peribadi, Shahir bagaimanapun tidak mahu melengahkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Erra.

Saya juga tidak mahu lagi melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Memang kami merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya. Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan. Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius.

Dalam pada itu, Shahir turut berkongsi beliau dan Erra baru-baru ini sempat untuk berbuka puasa bersama meskipun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Benda baik apa salahnya untuk kita doakan agar ia dipercepatkan. InshaAllah, kalau ada jodoh pasti Shahir dan Erra akan bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

May 23rd, 2017

Setelah lama menyepi, semalam Shahir AF8 membuat pengakuan bahawa beliau serius berkawan dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya (berkahwin) dengan wanita tersebut. Shahir tampil  memberikan penjelasan  kerana bersimpati dengan Erra yang selama ini menjawab pelbagai persoalan  serta kontroversi mengenai status hubungan mereka.

Mengakui beliau begitu menghargai kenyataan yang diberikan oleh Shahir, Erra bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai soal berkahwin dengan Shahir dan menyerahkan soal tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

Saya sangat-sangat percaya pada aturan Allah SWT. Biarlah Allah sahaja yang tentukan soal jodoh saya. Kalau ditanya sama ada jadi atau tidak (berkahwin dengan Shahir) saya sendiri tidak tahu kerana itu adalah urusan Allah.

Kalau ada perasaan cinta dan sayang, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa seterusnya. Semoga segalanya dipermudahkan buat Erra dan Shahir.

Sumber Berita : Utusan Online