“Hanya Berkawan,Tapi Masih Berhasrat Untuk Kahwin Lagi,” Erra Fazira Perjelas Hubungan Dengan Shahir

Hiburan

“Hanya Berkawan,Tapi Masih Berhasrat Untuk Kahwin Lagi,” Erra Fazira Perjelas Hubungan Dengan Shahir

Menjelaskan mengenai status perhubungan bersama juara program Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi, primadona Erra Fazira tidak menafikan dia masih berhubung dengan penyanyi itu.

Advertisement

Namun, Erra menjelaskan bahawa dia dan Shahir hanya berkawan baik dan sering beriadah bersama seperti bermain badminton dan sebagainya.

Dia yang menjelaskan mengenai status hubungan dengan Shahir kepada Media Hiburan sempat ditanyakan mengenai perihal jodoh dan perkahwinan dalam hidupnya. Ibu tunggal beranak satu ini memberitahu masih lagi terbuka untuk sekali lagi melayari bahtera perkahwinan.

“Kalau ada seru untuk saya ‘settle down’ (berkahwin) saya mahu. Cuma atas apa yang berlaku dulu, buatkan saya lebih berhati-hati. Seterusnya mejadikan proses ke arah itu agak lambat,”

Ternyata, pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk memilih calon suami. Memikirkan mengenai umurnya yang kini semakin meningkat, dia berkata jika ada jodoh ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat dirinya.

“Saya sentiasa berdoa berharap dipertemukan jodoh yang terbaik, maknanya saya berhasrat untuk berjodoh lagi. Sebab pada hujungnya pun, anak makin besar dan usia kita juga meningkat. Jadi sudah pasti kita inginkan teman sehidup semati,”

 Perkembangan terbaru, Erra kini semakin sibuk bergelar duta kepada produk penjagaan rambut berjenama Faith Fleur. Produk yang terdiri daripada syampu, pelembap, serum, pewangi dan tonik rambut itu dicipta khas untuk kegunaan seisi rumah dan sesuai digunakan lelaki dan wanita serta kanak-kanak berusia enam bulan ke atas.

Hos program rancangan temubual Mingguan Wanita ini turut mengakui sudah mencuba sendiri produk berkenaan selama beberapa bulan sebelum bersetuju untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta untuk Faith Fleur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...